Salah satu acara permotoran terbesar dan mengujakan di dunia bakal tiba di Malaysia tahun depan. Menurut laman Facebook Tokyo Auto Salon KL, pameran tersohor itu bakal dilangsungkan buat julung kalinya di Kuala Lumpur pada bulan Jun, 2023.
Merujuk kepada infografik poster acara tersebut, Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan diadakan di Hall 2-4, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 9 hingga 11 Jun 2023, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
Acara ini akan dianjurkan oleh MUSE Group Asia bersama Element X, manakala 36Five X akan bertindak sebagai Rakan Pemasaran Rasmi.
Namun, ada di kalangan warganet yang meraguinya kerana laman Facebook tersebut baharu sahaja wujud sejak 15 Disember lalu dan setakat ini hanya mempunyai 554 pengikut sahaja.
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
Tetapi, mengikut carian kami menerusi laman sesawang rasmi mitec.com.my, acara Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 telah tersenarai dalam takwim/kalendar acara mereka untuk tahun hadapan.
Ia kira-kira selang seminggu selepas pameran METALTECH pada 31 Mei hingga 3 Jun 2023. Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya dan tunggu pengumuman rasmi dari pihak penganjur dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Tokyo Auto Salon KL
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
KOMEN TERKINI