Tol percuma akan diberikan bermula esok sehingga 30 November ini sempena pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).
Menurut Harian Metro, lebuh raya yang menelan belanja RM4.2 bilion itu, dijangka mampu mengurangkan masa perjalanan dari Puncak Perdana, Shah Alam ke Penchala, Kuala Lumpur daripada 90 minit ke 30 minit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek Lebuh raya DASH adalah satu daripada 53 projek berimpak tinggi dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan, menjana limpahan perniagaan dan merangsang serta menyediakan banyak kegiatan ekonomi yang lebih berdaya maju.
Ujar beliau, menerusi pembinaan DASH, sejumlah 12,000 peluang pekerjaan dicipta membabitkan pengurusan, kejuruteraan, teknikal, pembantu barisan hadapan dan pekerja kontrak.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Tambah beliau, lebuh raya ini yang mula dibina sejak Ogos 2016 dan siap 30 September lalu, mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi strategik seperti di sepanjang Persiaran Mokhtar Dahari, Jalan Sungai Buloh dan Persiaran Surian sehingga 40 peratus ketika waktu puncak.
Ismail Sabri berkata, tempoh perjalanan juga dijangka dapat dijimatkan kepada 30 minit pada waktu puncak dari persimpangan Puncak Perdana ke persimpangan Penchala berbanding laluan sedia ada yang mengambil masa sejam 30 minit.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Bernama dan PROLINTAS Highways
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI