ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kadar tol empat lebuh raya PROLINTAS turun bermula 20 Oktober, BESRAYA dan LEKAS mulai 1 Januari 2023

Berita Tempatan

Views

Kerajaan setuju menstruktur semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol kendalian PROLINTAS bagi mengurangkan kadar tol di lebuh raya berkenaan berkuat kuasa 20 Oktober ini.

Berita Harian melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

Ujar beliau, sebagai menandakan keprihatinan terhadap masalah rakyat yang berdepan masalah kenaikan kos sara hidup, kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian PROLINTAS dan mengurangkan kadar tol bagi lebuh raya terbabit.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ia akan berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam 20 Oktober 2022. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), hari ini.

Turut hadir, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Hasni Mohammad.

Tol LEKAS dan BESRAYA turut dikurangkan mulai 1 Januari

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju dengan pengurangan kadar tol bagi Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di bawah Kumpulan IJM berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Terowong baharu di Genting Sempah

Selain itu, dalam usaha menampung trafik yang tinggi serta menangani masalah kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Tol Plaza Gombak ke Tol Plaza Bentong, kerajaan akan membina lorong tambahan dan satu terowong baharu di Genting Sempah.

Tambah Ismail Sabri, pada masa sama, kerja tebatan banjir di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) juga akan dilaksanakan susulan daripada kejadian banjir yang sering berlaku.

Jelas beliau, semua kerja penambahbaikan yang dimaklumkan sebentar tadi, mengambil kira penstrukturan semula kadar tol dengan perjanjian konsesi tambahan sedang dimuktamadkan.

Melalui penstrukturan terbaharu ini, kerajaan menjimatkan RM8.8 bilion anggaran dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi terbabit.

Justeru, beliau berkata, pengguna lebuh raya bakal dapat menikmati kadar tol yang lebih rendah sekali gus dapat meringankan beban kos sara hidup.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PROLINTAS Highways

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply