ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota dan Shell tawar pemeriksaan 36-poin kenderaan secara percuma tanpa mengira jenama

Berita Tempatan

Views

Sempena musim perayaan berganda bulan Ramadan, Pesta Keamatan, Hari Gawai dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, UMW Toyota Motor dan Shell Malaysia melancarkan “Kempen Keselamatan Balik Kampung” bertujuan untuk menjadikan pengalaman balik kampung rakyat Malaysia lebih selamat.

UMW Toyota Motor (UMWT) dan Shell Malaysia menawarkan pemeriksaan 36-poin kenderaan secara percuma, tidak kira bagi kenderaan dari jenama apa sekali pun, bertempat di 20 stesen Shell terpilih seluruh negara. Individu terlatih dari Toyota akan mengendalikan pemeriksaan berkenaan.

Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K berkata, buat julung kalinya, Toyota dan Shell Malaysia bekerjasama bagi menjayakan kempen keselamatan dan menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain pula berkata, selain pemeriksaan 36-poin untuk kenderaan, pemilik juga boleh menukar minyak enjin kenderaan di Pusat Servis Shell Helix, berehat sebentar dan menikmati jamuan ringan di Kedai Shell SELECT, serta mengisi semula minyak Shell dengan Teknologi Dynaflex yang direka untuk penjimatan.

Pemeriksaan percuma kenderaan akan bermula dari 10 pagi hingga 5 petang sepanjang tarikh-tarikh berikut di semua stesen terpilih Shell:

TarikhLokasi
23 Mei – 25 Mei 2019Sarawak
23 Mei – 26 Mei 2019Sabah
30 Mei – 2 Jun 2019Semenanjung Malaysia

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Tawaran ini terbuka kepada semua kenderaan Toyota serta jenama-jenama lain. Setiap pemeriksaan akan mengambil masa sekitar 15 minit. Pemilik kenderaan yang menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan percuma ini akan menerima cenderahati (selagi stok masih ada).

Bagi pemilik kenderaan Toyota pula, mereka akan menerima baucar potongan harga 10 peratus bagi alat ganti terpilih di Pusat Servis Toyota. Selain itu, 10 pelanggan terawal setiap hari akan menerima baucar bahan api berjumlah RM10 daripada Shell Malaysia.

Kerjasama dengan Shell Malaysia ini turut memudahkan pemilik kenderaan Toyota untuk menukar inflator beg udara mereka (bergantung kepada kelayakan dan model kereta) di semua stesen terpilih Shell ini. Pemasangan inflator berkenaan akan mengambil masa kira-kira satu jam, bergantung kepada model kenderaan.

Pemilik yang tidak pasti sama ada kenderaan mereka terlibat atau tidak dengan panggilan semula ini boleh membuat semakan melalui toyota.com.my atau di kaunter servis semua stesen Shell yang terlibat. Bagi pelanggan Toyota yang terlibat dengan penggantian inflator beg udara ini, UMWT turut akan memberikan Booklet Potongan Harga Servis.

Berikut adalah senarai stesen Shell yang mengambil bahagian:

KawasanNama StesenBandar
SelangorSHELL KOTA DAMANSARA SEK 4PETALING JAYA
SHELL JALAN BATU CAVESBATU CAVES
SHELL PERSIARAN SULTAN IBRAHIMKLANG
Kuala LumpurSHELL DESA PETALINGKUALA LUMPUR
SHELL JALAN GENTING KELANG 1KUALA LUMPUR
SHELL JALAN CHERAS BATU 4KUALA LUMPUR
UtaraSHELL JALAN KUALA KANGSAR IPOHSELAMA
SHELL JALAN CHAIN FERRY 1BUTTERWORTH
SHELL JALAN JELUTONGGEORGETOWN
Pantai TimurSHELL JALAN BESAR KUANTANKUANTAN
SHELL JLN GAMBANG KUANTAN KM 13KUANTAN
SHELL JALAN HILIRAN KTK. TERENGGANU
SelatanSHELL JALAN SKUDAI JB BATU 5 3/4MASAI
SHELL LEBOH AYER KEROHAYER KEROH
SHELL TAMAN DAYA JBJOHOR BAHRU
SabahSHELL JALAN PENAMPANG KM 5.5KOTA KINABALU
SHELL JALAN MAT SALLEH TG ARUKOTA KINABALU
SHELL JALAN SULAMAN INNOPRISEKOTA KINABALU
SarawakSHELL JALAN TUN JUGAH KUCHINGKUCHING
SHELL JALAN KERETAPI KUCHINGKUCHING

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply