ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wanita India ini tampal tahi lembu pada kereta untuk jadikannya lebih sejuk

Berita Global

Views

Pelik-pelik je perangai manusia di atas muka bumi kan? Ini kisah benar yang berlaku di India dan telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook bernama Rupesh Gauranga Das. Beberapa foto telah kongsikan dan menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dimiliki seorang wanita ditampal dengan tahi lembu bagi menjadikannya lebih nyaman.

Hantaran tersebut telah menjadi tular dan media tempatan telah berjaya mengesan wanita bernama Sejal Shah, yang merupakan pemilik kenderaan tersebut. Katanya, dia tidak tahan dengan suhu panas melampau yang mencecah sehingga 45 darjah Celsius dan mengambil keputusan untuk menampal tahi lembu bagi menyejukkan keretanya.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Tambahnya, sebelum itu dia telah menggunakan tahi lembu sebagai lantai rumah dan mendapati ia berkesan untuk menurunkan suhu panas. Tidak dapat dipastikan berapa tebal lapisan tahi lembu yang ditampal pada kereta wanita tersebut tetapi nampaknya ia agak nipis.

Kata wanita itu lagi, tahi lembu mampu menjadikan kereta lebih panas ketika musim sejuk dan ia akan membantu kereta menjadi lebih dingin semasa musim panas. Tahi lembu yang ditampal itu bukan sekadar menyejukkan keretanya malah membantu mencegah pencemaran. Gas yang berbahaya yang lepaskan semasa menggunakan pendingin hawa meningkatkan suhu dan menyumbang kepada pemanasan global.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Wanita itu memandu dengan mematikan pendingin hawa kerana tahi lembu itu mampu menyejukkannya. Walaupun kisah ini dianggap aneh kepada kita, tapi ia sebenarnya amalan biasa yang sering dilakukan oelh penduduk di pedalaman India yang menggunakan tahi lembu sebagai lantai dan dinding rumah. Ini kerana ia mampu menjadikan rumah mereka lebih panas semasa musim sejuk dan lebih sejuk ketika musim panas.

Selain itu, tahi lembu dikatakan mampu menjadi penghalau nyamuk dan pembasmi kuman semulajadi. Kami tak boleh bayang macam mana la baunya. Mesti bau busuk melantun-lantun! Nak termuntah pula kami bila memikirkannya, tapi mujurlah bulan puasa. Tahan je la, takut nanti terbatal pula.

Sumber : Hindustan Times

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply