ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Innova Zenix dilancarkan – Pilihan enjin ICE dan HEV, dua konfigurasi tempat duduk, harga dari RM165k

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini secara rasminya melancarkan model crossover Toyota Innova Zenix serba baharu. Meskipun dengan kehadiran model baharu, pihak UMWT masih lagi terus menawarkan model semasa Innova 2.0X dan 2.0G (Innova CG).

Dua versi ditawarkan, iaitu enjin pembakaran dalaman (ICE) dan rangkaian kuasa Toyota Hybrid Electric Vehicle (HEV). Berikut adalah harga mengikut pilihan versi:

  • Innova Zenix 2.0 V (8-tempat duduk)RM165,000
  • Innova Zenix 2.0 HEV (7-tempat duduk)  – RM202,000

(Harga di atas adalah untuk pendaftaran persendirian dalam warna metalik untuk Semenanjung Malaysia)

Lima pilihan warna ditawarkan, termasuklah Metallic Gray, Attitude Black (dengan kemasan ‘mica’), Avantgarde Bronze, Silver dan Platinum White Pearl. Untuk pelanggan armada (fleet), pilihan warna solid, iaitu Super White turut ditawarkan.

Zenix dibina dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA-C) dengan pacuan roda hadapan, tidak seperti generasi sebelumnya yang menggunakan ‘kerangka tangga’, Innovative International Multipurpose Vehicle (IMV).

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,755 mm panjang , 1,850 mm lebar dengan jarak antara gandar roda 2,850 mm, manakala jarak lega tanahnya pula, 185 mm. Ini bermakna ia 20 mm lebih panjang, 15 mm lebih lebar dan lebih panjang 100 mm jarak antara gandar roda.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia menampilkan gaya reka bentuk luaran yang lebih premium dengan lampu hadapan jenis LED dan jeriji radiator berbentuk ‘trapezium‘ yang dihiasi bentuk kepingan heksagon. Model ini dipasang dengan rim aloi bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar 225/50.

Di ruangan kabin, Zenix HEV didatangkan dengan ‘Kerusi Kapten’ (Captain Seat) di barisan tengah yang dilengkapi dengan meja sisi dan bumbung lut cahaya panorama. Bagi Zenix 2.0 V pula, kerusi di baris tengah mempunyai ruang untuk tiga penumpang dan boleh dilipat 60:40.

Kerusi di baris ketiga pula boleh dilipat 50:50 untuk memberikan lebih ruang. Papan pemukanya dilengkapi dengan paparan sesentuh 10.1-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto berwayar dan nirwayar.

Ia turut didatangkan dengan panel instrumen digital berwarna yang memaparkan pelbagai informasi bersaiz 7-inci, pendingin hawa automatik, pelaras bolong penghembus di belakang, slot USB dan soket 12V.

Zenix versi petrol dikuasakan oleh enjin M20A-FKS 2.0 liter empat-silinder yang menjana 174 PS dan 205 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT dengan Sequential Shiftmatic.

Untuk hibrid pula, ia dijana enjin Dynamic Force 2.0 liter dengan output sebanyak 152 PS dan 187 Nm daya kilas yang digandingkan bersama motor elektrik berkuasa 113 PS dan 205 Nm daya kilas.

Ini bermakna, kombinasi rangkaian kuasa ini mampu menghamburkan output keseluruhan sebanyak 186 PS. Kuasa disalurkan menerusi kotak gear e-CVT. Versi hibrid ini juga dilengkapi dengan pek bateri jenis logam-nikel hidrida (Ni-MH).

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 3.0 (TSS 3.0) yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC), Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB), Amaran Keluar Lorong (LDA), Bantuan Mengesan Lorong (LTA) dan Bantuan Papan Tanda Jalan (RSA).

Selain TSS 3.0, Zenix turut dilengkapi dengan Sistem Pemantau Titik Buta, Amaran Lintasan Di Belakang (RCTA), Perakam Video Digital (DVR) serta kelengkapan keselamatan standard yang lain seperti:

  • Brek cakera hadapan dan belakang
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)
  • Sistem Brek Antikunci (ABS)
  • Bantuan Mendaki (HAC)
  • Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Cermin pandang belakang elektrokromik
  • Penderia parkir hadapan dan belakang
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar
  • Brek Parkir Elektronik
  • 6 beg udara SRS
  • Amaran tali pinggang keledar hadapan dan belakang
  • Cagak ISOFIX

Selain sistem keselamatan dengan immobilizer, penderia kabin ultrasonik dan sensor pecah kaca,
Zenix didatangkan dengan Sistem Telematik Kenderaan (VTS) sebagai standard. VTS akan tersedia secara percuma untuk tiga tahun pertama pemilikan.

UMWT menawarkan jaminan selama 5 tahun dengan perbatuan tanpa had untuk Zenix serba baharu dan ia boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya, selagi masih dalam tempoh tersebut.

Pek baterinya pula ditawarkan dengan waranti sehingga 8-tahun dengan perbatuan tanpa had. Tidak seperti jenama lain, ia turut merangkumi penyongsang (inverter) dan ECU Kawalan Pengurusan Kuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply