ARKIB

KATEGORI

Tular

Dua lelaki Singapura mengamuk, berang ditegur semasa isi minyak dalam tong

Tular

Views

Tular sebuah video menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri dekat Johor Bahru, malam semalam.

Difahamkan, kedua-dua lelaki Singapura itu bertindak berang setelah ditegur penghantar makanan terbabit ketika cuba mengisi minyak menggunakan tong.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Video berdurasi satu minit 40 saat itu dikongsi pengguna akaun TikTok @matkibol ditonton lebih 800,000 pengguna laman sosial terbabit.

Menerusi rakaman video pendek itu turut menunjukkan dua anggota polis bantuan dilihat cuba menenangkan keadaan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Salah seorang daripada lelaki itu juga bertindak membuka bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum mengeluarkan disyaki sebatang pengunci streng dipercayai cuba melakukan provokasi kepada penghantar makanan.

Polis bantuan berkenaan meminta kad pengenalan penghantar makanan berkenaan sebelum kedua-dua lelaki itu cuba menyerang individu tersebut sekali lagi.

Kosmo! sedang mendapatkan situasi lanjut berkaitan video tular berkenaan dengan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply