ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota kekal jenama bukan-nasional nombor satu di Malaysia, Veloz dapat sambutan memberangsangkan

Berita Tempatan

Views

Toyota terus kekal sebagai peneraju jenama bukan-nasional di Malaysia dengan jumlah jualan kumulatif dari Januari hingga Oktober 2022 mencecah 79,308 unit.

Jenama ini konsisten sebagai peneraju pasaran sepanjang tahun, terutama sekali dalam segmen trak pikap. Jumlah jualan kenderaan baharu yang diserahkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) pada Oktober 2022  adalah sebanyak 9,281 unit, (9,175 unit Toyota dan 106 unit Lexus).

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ia juga meningkat 0.5 peratus jika dibandingkan dengan jumlah jualan pada September 2022. Jika dibandingkan dengan bulan yang sama tahun lalu, jumlah jualan untuk Oktober 2022 meningkat 9 peratus.

Setakat ini untuk 10 bulan pertama tahun 2022, jumlah kumulatif untuk kenderaan Toyota dan Lexus adalah sebanyak 80,153 unit. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 47 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021 dengan 54,618 kenderaan telah dijual.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K berkata, permintaan terhadap kenderaan Toyota kekal tinggi dan pihaknya sedang berusaha keras untuk memastikan penghantaran kenderaan seberapa cepat yang mungkin meskipun bahagian pengeluarannya masih lagi terkesan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Tambahnya, respon untuk model Crossover Premium, iaitu Veloz amatlah positif dengan 7,000 tempahan telah berjaya diterima sebelum model tersebut dilancarkan.

Bagi mereka yang ingin mencari kereta baharu bagi meraikan musim perayaan akhir-tahun, UMWT menawarkan promosi hebat dengan ansuran bulanan bermula dari RM498 untuk Yaris dan RM598 untuk Vios.

Selain itu, varian terpilih bagi kedua-dua model itu turut ditawarkan dengan promosi tambahan RM4,000. Kesemua bilik pameran Toyota turut menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan untuk membuat pembelian, termasuk pakej pembiayaan yang berbeza daripada panel institusi kewangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply