ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Malaysia mula siar iklan acah Yaris facelift

Berita Tempatan

Views

Siang tadi laman Facebook rasmi Toyota Malaysia telah mula menyiarkan siri pertama iklan acah model Yaris facelift. Serentak dengan itu juga mereka turut membuka sebuah laman mikro buat para pelanggan untuk menyatakan minat mereka menerusi pautan ini.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Untuk iklan acah pertama, Toyota Malaysia hanya menunjukkan sedikit gambaran rekaan lampu depan Yaris facelift yang mempunyai persamaan dengan versi di Thailand. Kami menjangkakan ada kemungkinan beberapa perubahan kecil akan dibuat bagi menepati citarasa pembeli di sini.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Menurut info di laman web rakan media kami di Wapcar.my, versi naik taraf ini akan menerima sistem bantuan pemandu termaju, Toyota Safety Sense (TSS) yang ada beberapa ciri seperti sistem pra-perlanggaran (AEB) dan amaran keluar lorong selain kamera 360-darjah, pemantauan titik buta dengan amaran lintasan trafik belakang dan kamera pemuka (dashcam).

Sumber mereka mengatakan, stok Yaris kini semakin berkurangan dan bakal pembeli yang telah mendapat kelulusan pinjaman akan mendapat versi facelift ini secara automatik. Ia bermakna Yaris facelift ini dijangka tiba ke pasaran sekitar Disember 2020. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply