ARKIB

KATEGORI

Buletin

MPV terbalik semasa kejar suspek – Seorang anggota polis maut, rakan setugas parah

Berita Tempatan

Views

Portal Kosmo melaporkan seorang anggota polis berpangkat konstabel maut, manakala rakan setugas parah selepas kenderaan peronda (MPV) yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di Johor Bahru, hari ini.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Dalam kejadian pada pukul 6.24 pagi itu, kedua-dua anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Onn di sini sedang mengejar sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki. Sejurus sampai di lokasi kejadian, kenderaan MPV telah bergesel dengan kereta suspek sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz sehingga menyebabkan kereta polis itu terbalik.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kamsani Aswan, sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota beserta dua buah jentera bergegaskan ke lokasi kejadian. Katanya, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan peronda MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah kenderaan awam jenis Perodua Aruz.

Akibat kemalangan itu, penumpang kenderaan peronda MPV PDRM maut di lokasi kejadian, manakala pemandunya cedera. Tambahnya, pemandu dan seorang penumpang kenderaan Perodua Aruz juga turut cedera. Tambah Kamsani, anggota polis yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply