ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Yaris ATIV@Vios baharu dilancarkan di Thailand – Empat varian, harga dari RM67,635

Berita Global

Views

Akhirnya, Toyota Yaris ATIV@Vios generasi baharu secara rasminya telah dilancarkan ke pasaran Thailand. Untuk pasaran “Negara Gajah Putih” itu, ada empat pilihan varian ditawarkan iaitu 1.2 Sport, 1.2 Smart, 1.2 Premium, dan 1.2 Premium Luxury.

Berikut adalah senarai harga Yaris ATIV@Vios baharu mengikut varian:

  • 1.2 Sport – 539,000 baht (RM67,635)
  • 1.2 Smart – 584,000 baht (RM73,336)
  • 1.2 Premium 659,000 baht (RM82,767)
  • 1.2 Premium Luxury 689,000 baht (RM86,534)

Tujuh pilihan warna ditawarkan termasuk dua warna baharu Spicy Scarlet dan Urban Metal, manakala yang selebihnya Metal Stream Metallic, Attitude Black Mica, Red Mica Metallic, Super White (untuk varian Sport dan Smart) dan Platimun White Pearl (untuk varian Premium dan Premium Luxury).

Antara kelengkapan standard Yaris ATIV@Vios baharu adalah rim aloi 16 inci dengan tayar 195/60 R16, lampu depan dan belakang jenis LED, Sistem Kemasukan Tanpa Kunci Pintar, butang penghidup enjin, sistem audio dengan skrin sentuh, ABS, EBD, BA, VSC, Kawalan cengkaman (TRC), Bantuan mula mendaki (HAC) dan 6 beg udara (tirai bahagian hadapan).

Dari segi dimensi, model baharu ini berukuran 4,425 mm panjang, 1,740 mm lebar dan 1,480 mm tinggi manakala jarak antara rodanya pula 2,620 mm. Jarak lega tanahnya adalah 160 mm dan radius pusingan pula 4.8 meter.

Ini bermakna Yaris ATIV@Vios baharu 17 mm lebih pendek, 10 mm lebih lebar, 5 mm tinggi dan jarak antara rodanya 70 mm lebih panjang.

Yaris ATIV@Vios baharu dijana oleh enjin petrol aspirasi alami (NA) 1.2 liter Dwi VVT-iE (3NR-VE) yang menghasilkan 94 kuasa kuda pada 6,000 rpm dengan 110 Nm daya kilas pada 4,400 rpm. Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik Super CVT-i dengan Sequential Shift menerusi pacuan roda hadapan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Berikut adalah perincian ringkas Yaris ATIV@Vios (D92A) mengikut varian:

Yaris ATIV Sport (Spesifikasi asas)

  • Stereng kuasa elektrik (EPS)
  • Jeriji hadapan kemasan hitam kusam
  • Rona kabin hitam
  • Kemasan tempat duduk fabrik
  • Tempat duduk pemandu dengan pelarasan manual 6-hala
  • Panel sentuh lembut pada papan pemuka hadapan dengan kemasan kulit coklat
  • Tingkap kuasa automatik di bahagian pemandu dengan sistem anti-kapit
  • Panel meter jenis analog
  • Paparan pelbagai maklumat (MID) digital
  • Sistem infohibur dengan skrin sentuh 8-inci sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Butang pilihan mod pemanduan pada stereng – ECO, Normal dan Sport
  • Soket pengecasan 12V
  • Cagak ISOFIX
  • Isyarat henti kecemasan (ESS)
  • Sistem kunci berpusat dengan Auto Auto Lock
  • Immobilizer
  • Sistem penggera kecurian (TDS)

Yaris ATIV Smart (tambahan dari varian Sport)

  • Lampu siang LED (DRL)
  • Jeriji kemasan hitam berkilat
  • Antena sirip jerung
  • Cermin sisi dengan indikator signal
  • Kemasan tempat duduk kombinasi fabrik dan kulit, dihiasi dengan jahitan benang kelabu
  • Stereng balutan kulit
  • Kemasan konsol tengah Hitam Piano
  • Pemegang pintu dalaman kemasan perak metalik
  • Meter jenis digital sepenuhnya
  • Paparan pelbagai maklumat (MID) TFT bersaiz 7-inci
  • Sistem infohibur dengan skrin sentuh 9-inci
  • Empat pembesar suara
  • Dua slot USB untuk penumpang belakang
  • Cermin sisi autolipat
  • Perakam video digital (dashcam)
  • Toyota Safety Sens

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Yaris ATIV Premium (tambahan dari varian Smart)

  • Brek cakera di belakang
  • Lampu signal LED berjujukan
  • Tombol gear kulit
  • Kemasan panel pintu Hitam Piano dengan corak potongan berlian
  • Pencahayaan ambien 64 warna di dalam kabin
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik dengan Henti & Mula
  • Brek parkir elektronik (EPB) dengan Auto Brake Hold
  • Enam pembesar suara
  • Sistem pendingin hawa automatik
  • Sistem penapis udara PM 2.5
  • Corong pendingin hawa untuk penumpang belakang
  • Lampu Follow Me Home
  • Sistem amaran titik buta (BSM)
  • Amaran lintasan di belakang (RCTA)
  • Suluhan lampu tinggi automatik (AHB)
  • Kamera pandangan sekeliling 360 darjah
  • Penderia parkir
  • Penderia hadapan

Yaris ATIV Premium Luxury (tambahan dari varian Premium)

  • Cermin sisi kemasan hitam berkilat
  • Kemasan dalaman dwitona gabungan warna hitam dan merah
  • Kemasan tempat duduk kulit berwarna merah
  • Lapik tempat duduk corak potongan berlian dengan jahitan benang merah
  • Kemasan panel papan pemuka kulit berwarna merah
  • Pencahayaan ambien 64 warna di dalam kabin
  • Lampu suasana pada papan pemuka hadapan
  • Sistem audio Pioneer dengan 6 pembesar suara

Yaris ATIV@Vios baharu didatangkan dengan jaminan 3 tahun atau 100,000 km dan pilihan pakej aksesori kilang yang terdiri daripada:

    • Ciaro (kemasan krom) – Tambahan 8,000 baht (RM1,005)
    • Lusso (aksesori elegan) – Tambahan 17,000 baht (RM2,135)
    • Presto (pakej kit badan sporty) – Tambahan 20,000 baht (RM2,512)

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Car News Update, Autospinn.Fans dan ARCOM CHANG Thairath Online

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply