ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Trak Mercedes ‘legend’ digayakan semula dalam versi retro moden

Impresi Artis

Views

Nama sahabat kami Saharudin Busri atau Wak tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sebelum ini kami pernah menyiarkan beberapa ‘karya agung’nya yang menjadi tular di media sosial. Kali ini Wak sekali lagi tampil dengan ‘hasil tangan’ terbaharunya, iaitu trak Mercedes 911.

‘Merc coupe legend’ yang dihasilkan sejak 1959 ini sememangnya sebuah kepala trak yang cukup lasak dan senantiasa menjadi pilihan oleh tauke-tauke balak seluruh Malaysia untuk mengangkut ‘hasil hutan’ mereka.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Reka bentuknya yang unik dan ikonik, terutama yang berpintukan ‘kayu’ dengan tempat duduk ala ‘kerusi malas’ itu antara yang paling diingati.

Dengan kepakarannya dalam reka bentuk 3 Dimensi (3D) terutama perisian Alias, Wak cuba untuk menggayakan semula trak ini dengan menyuntik unsur rekaan moden dan futuristik, namun masih mengekalkan gaya retronya terutama pada bahagian jeriji.

Konsep ‘retro moden’ telah berjaya memberikan nafas baharu kepada trak ini sekali gus menjadikannya lebih sporty. Rekaan belakang kepala trak ini pula sekilas pandang kelihatan seperti sebuah kereta sport.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Kami yakin dengan rekaan sebegini, pastinya ia akan diberikan peranan lain, kerana sudah pasti si pemilik tidak sanggup ‘melanyak’ lori secantik ini untuk tugasan berat.

Pada kami reka bentuk Mercedes 911 versi Wak ini lebih sesuai untuk menjadi props filem terutama yang bercirikan sains fiksyen, permainan video atau dijadikan salah satu watak dalam filem Transformers.

Apa yang pasti rekaan terbaharu Wak kali ini sudah mula menjadi bualan hangat kerana rekaan ini telah dipaparkan oleh salah satu portal automotif terkemuka di luar negara. Tahniah Wak! Semoga terus berkarya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Saharudin Design

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply