ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pura-pura jadi pembeli kemudian bawa lari Perodua Axia semasa pandu uji

Berita Tempatan

Views

Sebuah kereta pandu uji jenis Perodua Axia dilarikan seorang lelaki dalam satu kejadian di persimpangan Jalan Kampar ke Jalan Sultan Nazrin Shah di Ipoh, kelmarin. Menurut Sinar Harian, kejadian sekitar jam 4 petang itu berlaku selepas suspek berpura-pura sebagai pelanggan di sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Kampar dan mahu memandu uji sebuah kereta di situ.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek telah memandu uji kereta berkenaan ditemani seorang pembantu jualan wanita yang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang. Katanya, semasa memandu, kenderaan itu telah berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen dekat Jalan Sultan Iskandar.

Semasa melalui persimpangan Jalan Kampar ke Jalan Sultan Nazrin Shah, lelaki itu telah memberhentikan kereta dan meminta pembantu jualan wanita itu pula memandu. Namun semasa wanita itu mahu turun dari kereta, lelaki terbabit bertindak memecut laju melarikan kenderaan berkenaan dan meninggalkan wanita itu di tepi jalan.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Beliau berkata, berdasarkan rakaman percakapan wanita itu, suspek datang ke premis berkenaan dan memberitahu mahu membeli kereta Perodua Myvi. Tambahnya, bagaimanapun kereta model itu tiada dan suspek kemudiannya ditunjukkan pula kereta Perodua Axia keluaran 2016 berwarna biru.

Wanita itu yang tidak mencatatkan sebarang butiran suspek telah bersetuju untuk membuat pandu uji kenderaan berkenaan. Pengecaman wajah suspek tidak dapat dibuat kerana memakai pelitup separuh muka dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sinar Harian

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply