ARKIB

KATEGORI

Buletin

TUDM terima pesawat rondaan maritim CN-235 dari Tentera Laut AS

Berita Tempatan

Views

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menyerahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pesawat pengangkut CN-235 pertama daripada tiga pesawat jenis itu yang diubah suai kepada pesawat rondaan maritim.

Menurut Harian Metro, penyerahan pesawat pertama itu dibuat hanya tiga tahun setengah selepas AS menandatangani Surat Tawaran dan Penerimaan untuk mula meningkatkan keupayaan dan kerjasama antara tentera AS dan Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Tentera Laut AS memaklumkan usaha itu dibuat melalui program Meningkatkan Kapasiti Rakan Kongsi Tentera Laut Amerika Syarikat, sejajar dengan Inisiatif Keselamatan Maritim kerajaan AS.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Inisiatif itu bertujuan membantu kerajaan Malaysia dalam meningkatkan keselamatan maritim dan kesedaran domain maritim dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Pengarah bagi Kerjasama Keselamatan Markas Sistem Udara Tentera Laut, Ron Weinberger berkata , program CN-235 Malaysia akan meningkatkan keupayaan perisikan, pengawasan dan tinjauan Malaysia.

Ia secara langsung akan menyokong usaha Malaysia dan AS untuk memastikan keselamatan global di rantau Markas Indo-Pasifik, katanya.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Pesawat CN-235 di bawah projek itu diterbangkan ke Indonesia untuk fasa ujian pada September 2020, dengan penerbangan sulung dilakukan pada Oktober 2021.

Kerja-kerja menyiapkan dua lagi pesawat CN-235 untuk TUDM dan beberapa stesen darat diteruskan serta dijangka siap sepenuhnya pada 2022, menurut kenyataan itu.

CN-235 adalah pesawat pengangkut jarak sederhana menggunakan enjin berkembar yang dihasilkan syarikat aeroangkasa Indonesia PT Dirgantara dan Construcciones Aeronáuticas SA dari Sepanyol.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply