ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geser Honda e Tunku Idris, pemandu BMW plat Singapura disaman RM300

Berita Tempatan

Views

Pemandu kereta bernombor pendaftaran Singapura yang dikenal pasti menggeser kereta milik Tunku Temenggong Johor (TTJ), Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Jalan Serampang, Taman Pelangi, 1 Ogos lalu, disaman RM300.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 62 tahun itu dipanggil hadir ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS untuk diserahkan saman Pol 257, semalam.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dia yang disaman mengikut Rule 10 LN 166/59 itu kemudian menjelaskan saman sebanyak RM300 pada 1.45 petang. Saman dikeluarkan di bawah Rule 10 LN 166/59 iaitu kesalahan lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik yang mana saman boleh dikenakan maksimum RM300.

Pada 1 Ogos lalu, Tunku Idris berkongsi insiden kereta Honda e miliknya digeser sebuah BMW ketika diletakkan di hadapan sebuah kedai roti.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Melalui hantaran di Instagram, Tunku Idris turut berkongsi gambar bahagian keretanya yang calar dan gambar kereta yang melanggarnya, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.

Daripada rakaman CCTV yang dikongsi, kejadian berlaku pada jam 2.17 petang ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu hendak ke ruang tempat letak kereta yang kosong.

Video berdurasi 60 saat menunjukkan pemandu lelaki keluar daripada BMW dan berlalu pergi melewati kenderaan Tunku Idris tanpa melihat sekiranya berlaku kerosakan atau tidak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit tunku_idris

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply