ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tumbangkan Argentina di Piala Dunia, pemain Arab Saudi bakal dapat Rolls Royce Phantom

Berita Tempatan

Views

Pemain Arab Saudi dilaporkan akan menerima sebuah Rolls Royce Phantom setiap seorang selepas kejayaan mengejutkan Argentina 2-1 pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Berita Harian melaporkan, menerusi kejayaan bersejarah pada Piala Dunia menentang skuad diketuai Lionel Messi, skuad Green Falcons jelas gembira.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Susulan kemenangan mengatasi skuad dari Amerika Selatan itu, Green Falcons kini memiliki tiga mata dan tempat pertama dalam kumpulan.

Sebagai tambahan, Arab Saudi mencipta sejarah menjadi pasukan Asia pertama menang menentang Argentina menerusi dua gol, menang perlawanan pembukaan Piala Dunia dan kali pertama menewaskan skuad La Albiceleste.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dikatakan memberikan setiap pemain sebuah Rolls Royce Phantom berikutan persembahan cemerlang menentang Argentina. Pemberian mewah itu mendapat perhatian di Twitter.

Suhel Seth, seorang ahli perniagaan India, menjadi antara terawal memuat naik kenyataan di Twitter bahawa setia pemain Arab Saudi menerima sebuah Rolls Royce daripada Putera Salman.

Awab Alvi, pempengaruh media sosial terkenal yang juga seorang doktor gigi, mendakwa semua pemain Arab Saudi menerima Rolls Royce Phantom itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply