ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tunggang motosikal dengan aksi ‘Superman’, dua remaja perempuan ditahan

Berita Tempatan

Views

Aksi ‘Superman’ dua remaja perempuan menunggang secara berbahaya dengan meniarap di atas motosikal di Lebuh Raya Utara-Selatan mengundang padah apabila ditahan polis semalam.

Ia susulan tular rakaman video berdurasi 45 saat yang memaparkan kedua-dua penunggang motosikal meluruskan kaki ke belakang dan aksi berbahaya zig zag di media sosial sejak kelmarin.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, remaja berusia 18 dan 21 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim pada pukul 9.10 malam.

Berdasarkan siasatan, kejadian di Kilometer 375.9 arah utara itu berlaku Ahad lalu. Ketika kejadian, kedua-dua penunggang motosikal itu dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Apabila tiba di kawasan rehat dan rawat Behrang, mereka telah menunggang motosikal secara berbahaya dan melulu dengan aksi Superman dan zig zag.

Menurut beliau, berdasarkan semakan, kedua-dua suspek yang berasal dari Pulau Indah, Selangor itu bekerja sebagai operator platform e-dagang dan pengasuh bayi tidak mempunyai lesen dan rekod jenayah.

Tindakan saman turut dikenakan ke atas mereka atas kesalahan tiada lesen dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply