ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Tesla setuju tubuh ibu pejabat di Cyberjaya’ – Anwar Ibrahim

Berita Tempatan

Views

Tesla Inc bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penting pengeluar kereta elektrik (EV) di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk dalam pertemuan secara maya menzahirkan persetujuan menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

“Ini adalah hal yang menyakinkan kepada pemacuan ekonomi negara. Justeru, dengan kemasukan Tesla ke Malaysia, ia akan memacu ekosistem EV negara. Saya memberi jaminan kepada Musk.

Saya meminta Menteri Pelaburan, Perdangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya memberi ruang dan perhatian untuk memenuhi keperluan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini, hari ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan melalui persidangan video bersama Musk. Ia turut disertai Tengku Zafrul dan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil.

Menerusi sidang video itu, Anwar turut mengucapkan tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Musk di Selangor pada tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih seawal 2050.

“Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik.

“Kami turut berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minimum bagi meningkatkan rangkaian internet global.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” katanya.

Dalam perbincangan maya bersama Musk juga, Anwar berkata, dua lagi syarikat milik hartawan berkenaan iaitu syarikat aeroangkasa, SpaceX dan Starlink yang juga penyedia internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan pendaman rendah yang dikendalikan SpaceX juga bercadang jadikan Malaysia sebagai hab syarikat berkenaan.

“SpaceX sebagai contoh yang dilancarkan pada 2009 di mana Malaysia telah memberi ruang awal kepada mereka berbanding negara lain.

“Berikutan itu, Musk menghargai komitmen yang dilaksanakan Malaysia. Saya tidak akan mengambil kredit di atas usaha kerajaan kerana ia dilaksanakan kepimpinan sebelum ini.

“Saya meminta Tengku Zafrul dan Fahmi untuk membantu memberi perhatian kepada perkara ini. “Berdasarkan sokongan Malaysia, Musk menyatakan persetujuan untuk datang ke Malaysia tidak lama lagi,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anwar Ibrahim

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply