Proton telah berjaya menjual sebanyak 13,013 unit (domestik + eksport) pada bulan Oktober, sekali gus melonjakkan jualan kepada 115,366 unit untuk tahun 2022.
Jumlah ini telah berjaya mengatasi 114,708 unit yang dicapai sepanjang tahun 2021 dan ia merupakan hasil jualan terbaiknya sejak tahun 2014.
Ini bermakna jualan YTD telah meningkat sebanyak 33.10 peratus untuk sepuluh bulan pertama pada tahun ini dan angka itu dijangka terus meningkat dalam dua bulan terakhir tahun 2022.
Proton masih lagi menduduki tempat kedua carta jualan bagi bulan Oktober dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 21.1 peratus, manakala angka pegangan pasaran YTD telah merosot sedikit kepada 19.9 peratus.
Jumlah Jualan Industri (TIV) untuk Oktober dianggarkan melebihi 60,000 unit untuk bulan ketiga berturut-turut dan pasaran automotif Malaysia dalam perjalanan untuk memecahkan rekod jumlah jualan.
Sejak melancarkan SUV pertamanya pada 12 Disember 2018, Proton telah menguasai segmen ini dan muncul sebagai jenama SUV paling laris di Malaysia.
X50 masih utuh sebagai peneraju jualan nasional bagi segmen itu, 3,602 unit telah diserahkan pada bulan Oktober dan ia kini mempunyai jumlah jualan 33,193 unit bagi tahun ini.
X70 pula mencapai 1,391 unit pada bulan lepas dan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 15,536 unit. Ini bermakna, sebanyak 48,729 unit SUV Proton telah diserahkan setakat ini untuk tahun 2022.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, sempena meraikan ulang tahun yang keempatnya, Proton menawarkan hadiah yang terdiri daripada aksesori bernilai RM1,499, kadar faedah serendah 2.52 peratus dan banyak lagi tawaran menarik jika pelanggan membeli X70 pada bulan November.
Sementara itu, Saga masih kekal sebagai model terlaris Proton dengan 5,262 unit telah diserahkan pada bulan Oktober. Ini menjadikan jumlah jualan YTDnya sebanyak 45,965 unit, meningkat sebanyak 42 peratus berbanding tahun sebelumnya.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Persona dan Iriz menunjukkan peningkatan jualan dengan 1,697 unit diserahkan pada bulan Oktober. Persona kini mendahului sebanyak 0.4 peratus daripada jumlah volum pada tahun sebelumnya, manakala Iriz mencapai 661 unit pada bulan lepas.
Exora pula terus menerajui kelas MPV segmen C dan dengan 400 unit diserahkan, jumlah volum untuk tahun 2022 kini berada pada 3,508 unit.
Selain daripada kejayaan pasaran tempatan, jumlah pertumbuhan volum Proton untuk tahun 2022 juga telah disumbangkan oleh prestasi bahagian eksportnya.
Sebanyak 416 unit dieksport di bulan Oktober, meningkatkan jumlah volum eksport kepada 4,741 unit, prestasi terbaiknya sejak tahun 2013.
Sama seperti jualan domestik, Saga adalah model paling laris dengan 2,106 unit diikuti oleh X70 dengan 1,608 unit setakat ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI