ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Honda terbaharu di Kuching, kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah membuka Pusat 3S terbaharunya di Kuching, Sarawak yang dikendalikan oleh Northmont Capital Sdn. Bhd. (Northmont Capital).

Ia terletak di lokasi strategik di Petra Jaya dan setakat ini Honda Malaysia telah mempunyai sebanyak 14 cawangan pengedar di wilayah Malaysia Timur.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, wilayah Malaysia Timur telah menyumbang 5 peratus kepada jumlah jualan syarikat dari Januari hingga September 2022.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Daripada 5 peratus jualan tersebut, Sarawak merupakan penyumbang tertinggi dengan 3 peratus. City muncul sebagai model terlaris di Sarawak, menyumbang 22 peratus kepada jumlah jualan.

HR-V serba baharu turut mendapat sambutan menggalakkan di Sarawak, dengan lebih 200 unit telah pun terjual di negeri ini.

Northmont Capital melabur kira-kira RM15 juta untuk membina Pusat 3S Honda baharu ini yang berkeluasan 4,711 meter persegi dengan jumlah keluasan binaan 2,339 meter persegi, sekali gus merupakan Pusat Honda 3S terbesar di Kuching.

Dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan terkini yang mematuhi piawaian Honda, ia menempatkan sejumlah 12 Ruang Servis, 3 Ruang Pembaikan Am dan 1 Ruang Servis Tayar yang boleh menyelenggara sehingga 50 buah kereta setiap hari.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Bagi memberi keselesaan buat pelanggan, Northmont Capital telah menyediakan pelbagai kemudahanseperti ruang istirahat yang selesa, perkhidmatan Wi-Fi percuma dan sudut kanak-kanak.

Selain itu, mereka turut menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dan pembaharuan perlindungan insurans, cuci kereta, servis pendingin hawa kenderaan, serta penjajaran dan pengimbangan tayar.

Untuk membuat janji temu atau untuk mengetahui lebih lanjut, pelanggan boleh menghubungi Northmont Capital (Pusat 3S Honda) di talian 082-258 400, 082-258 500 atau 082-251 900.

Pelanggan juga boleh terus ke Lot 13105, Sek 65, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching Sarawak atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply