ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor catat jualan memberangsangkan pada Julai 2023

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) melabuhkan tirai bulan Julai 2023 dengan mencatatkan jumlah jualan bulanan sebanyak 8,349 unit, iaitu 8,200 unit Toyota dan 149 unit Lexus.

Jumlah jualan tahunan setakat ini pula adalah sebanyak 57,008 unit, berbanding 52,548 unit untuk tempoh yang sama pada tahun 2022. Ia merupakan peningkatan sebanyak 8.5 peratus berbanding tahun lalu.

Jualan bulanan yang direkodkan pada bulan Julai 2023 turut mencatatkan peningkatan sebanyak 25.8 peratus berbanding Julai 2022.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., pihaknya berbesar hati untuk menjadikan pemilikan Toyota lebih mudah diakses berbanding sebelum ini dengan pertumbuhan pusat jualan dan perkhidmatan, serta perkhidmatan Extra Mile bersama dengan promosi bulanan.

Berita baik buat para pelanggan servis Toyota di Penampang kerana pengedar jenama tersebut sejak 2005 iaitu Armada KK Automobile kini dinaiktaraf daripada pusat 1S kepada 3S.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Mereka kini beroperasi di fasiliti baharu yang terletak di Batu 6, Jalan Penampang yang menawarkan khidmat Jualan dan Pusat Servis bagi pelanggan di Penampang serta kawasan sekitar Kota Kinabalu.

Pusat 3S terbaharu ini dilengkapi dengan 18 ruang servis bagi memenuhi kehendak pelanggan. Warga Muar pula mengalu-alukan pembukaan pusat 4S yang dimiliki oleh E.S. Yang Motor.

Syarikat tersebut merupakan pengedar Toyota sejak 1994, telah merasmikan pusat 4S yang terletak di Jalan Dato’ Haji Kosai yang menggabungkan cawangan 1S, 2S dan Badan & Cat yang diasingkan sebelum ini.

Untuk memenuhi keperluan pemandu Toyota, pusat 4S baharu itu menawarkan 14 ruang servis dan 20 ruang Badan & Cat.

Promosi pada bulan Julai lalu telah menawarkan pembiayaan 100 peratus untuk model Toyota serba baharu. Bagi setiap pembelian, pelanggan boleh memilih pilihan pelan ansuran rendah dari serendah RM628 sebulan untuk Toyota Yaris.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pada masa yang sama, pembeli boleh menikmati promosi yang menawarkan rebat tunai sehingga RM10,000 apabila mereka membeli Toyota Camry baharu.

Sementara itu, siri perlumbaan dalam talian TOYOTA GAZOO Racing (GR) GT Cup Malaysia turut dilancarkan pada bulan Julai, yang dijenamakan semula daripada Kejohanan Esports GR Velocity.

Acara perlumbaan dalam talian ini, menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM90,500 pada tahun ini, yang tertinggi dalam sejarah Piala GR GT Malaysia.

Buat julung kalinya tahun ini, Toyota yang merupakan satu-satunya pengeluar dan jenama kereta yang terlibat dalam e-perlumbaan, turut membawa pengalaman perlumbaan simulator ke universiti di seluruh Malaysia.

Tambah Datuk Ravindran K., pelancaran siri perlumbaan ini memperluaskan lagi misi Toyota untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan permotoran di Malaysia dengan menggalakkan penyertaan lebih ramai belia dan membawa sukan permotoran kepada orang ramai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply