ARKIB

KATEGORI

Buletin

Budak tiga tahun maut dirempuh Ford Ranger ketika main skuter

Berita Tempatan

Views

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger di sebuah kawasan kediaman mewah di bandar raya ini, pada Jumaat.

Berdasarkan rakaman video yang tular, kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter tersebut dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah Ford Ranger berwarna hitam terus merempuhnya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Kanak-kanak tersebut dipercayai maut di lokasi kejadian manakala pemandu Ford Ranger itu pula dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 21 saat yang memaparkan kemalangan berkenaan tular dalam media sosial.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Pemandu kenderaan Ford Ranger berkenaan yang berusia 32 tahun sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, sekiranya disabitkan bersalah, pemandu berkenaan boleh dikenakan denda antara RM20,000 hingga RM50,000, dan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ken Kem

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply