ARKIB

KATEGORI

Buletin

UniMAP, Mimos dan Modenas hasilkan prototaip ‘cafe racer’ hibrid REEV – Jangkaan harga di bawah RM12k!

Berita Tempatan

Views
1st Malaysian REEV Cafe Racer

Baru-baru ini Universiti Malaysia Perlis (UniMap) telah mempamerkan sebuah prototaip motosikal hibrid ‘range extender‘ (REEV) sempena Minggu TVET Negara 2022 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Prototaip ‘cafe racer‘ ini merupakan evolusi kepada motosikal Seri Perlis yang pernah dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi tersebut pada 2018. Ia merupakan hasil kolaborasi antara Mimos, Modenas dan UniMAP.

Menurut info dari rakan media di Careta.my, pembangunan cafe racer ini cukup mencabar kerana perlu memuatkan enjin penjana (generator), pek bateri, elektronik dan tangki bahan api dengan kapasiti 8-liter dalam sebuah motosikal.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Proses reka bentuknya bermula pada tahun 2020, ketika negara sedang teruk dilanda wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, usaha mereka telah berjaya dan hasilnya lahirlah sebuah cafe racer berkonsepkan ‘retro moden’ yang cukup bergaya!

Reka bentuk konsep motosikal ini dihasilkan oleh pihak Mimos, manakala Modenas bertanggungjawab untuk membangunkannya daripada lakaran kepada model tanah liat sehingga ke penghasilan prototaip di fasiliti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)nya.

Cafe racer ini dikatakan mampu memberikan jarak tempuh kira-kira 330 kilometer, manakala bateri jenis Lithium-Ionnya juga boleh ditukar di stesen penukaran bateri. Dari segi penggunaan tenaga, kosnya hanyalah RM0.06 sen bagi setiap kilometer.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Apabila kapasiti bateri menyusut di bawah paras 60 peratus, enjin penjana akan dihidupkan untuk mengecas semula bateri tersebut, sekiranya tiada stesen penukaran bateri yang berhampiran.

Motosikal ini juga mempunyai ciri unik kerana enjinnya boleh dihidupkan dan dimatikan dengan menggunakan aplikasi khas di telefon pintar.

Aplikasi ini juga memaparkan beberapa informasi lain seperti status bateri masa-nyata, status motor, status enjin penjana, takat bahan api dan sejarah serta informasi perjalanan. Apa yang menarik, sasaran harga pasaran untuk motosikal ini nanti adalah di bawah RM12,000!

Buat masa ini, ia masih lagi dibangunkan dan baru-baru ini pihak UniMAP telah menerima Geran HVA daripada kerajaan. Syabas kami ucapkan kepada Mimos, Modenas dan UniMAP!

Tak sabar nak tunggu model pengeluarannya nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MIMOS Industrial Design, Saharudin Busri dan MIMOS

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply