ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nahas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu – ‘Polis dah meronda tapi mat rempit datang balik’

Berita Tempatan

Views

“Sebelum kejadian memang sudah ada pasukan polis peronda di laluan itu dan aktiviti rempit kemudian sudah bersurai. “Namun tidak lama kemudian, mereka kembali berkumpul dan jumlahnya makin ramai.”

Begitu kata pengguna jalan raya ketika melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di Georgetown, mengenai sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai melakukan aktiviti rempit di laluan itu, malam tadi.

Menurut Harian Metro, laluan berkenaan juga lokasi nahas motosikal yang mengorbankan tiga penunggang, awal pagi tadi. Pengguna jalan raya berkenaan yang mahu dikenali sebagai Nalza, 37, berkata, lokasi itu sering dijadikan ‘port‘ aktiviti mat rempit terutama pada malam hujung minggu.

Katanya, aktiviti sekumpulan penunggang motosikal itu bermula kira-kira 11 malam dan ketika melalui lokasi berkenaan, terdapat pasukan polis yang melakukan rondaan.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Dia bersama keluarga dari Permatang Pauh menuju ke Georgetown untuk bersiar-siar selain menikmati pemandangan laut dan bandar raya pada malam hujung minggu.

Sepanjang melalui lebuh raya berkenaan memang terdapat anggota polis melakukan rondaan dan seketika kemudian laluan mula lancar. Ketika pulang pada awal pagi, didapati aktiviti berkenaan berlaku semula dan jumlah penunggang motosikal juga semakin ramai.

Mengulas lanjut Nalza berkata, dia memandu perlahan di laluan itu kerana bimbang dengan keselamatan malah anaknya juga berada dalam ketakutan apabila mendengar bunyi enjin motosikal yang kuat.

Katanya, aktiviti itu memang sudah diketahui masyarakat tempatan dan semakin menjadi-jadi walaupun pemantauan polis kerap dilakukan.

Mereka memang tidak takut kehilangan nyawa atau cacat anggota badan jika terbabit kemalangan dan tidak fikir nyawa pengguna lain juga akan melayang akibat aktiviti sia-sia itu.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Tambahnya, tuduhan bahawa pihak polis tidak menjalankan rondaan adalah tidak benar kerana dia sendiri melihat pihak berkuasa melakukan rondaan di kawasan itu sebelum kejadian.

“Mat rempit sudah diberi nasihat tapi ‘tak jalan.’ Sudah tiba masanya undang-undang yang lebih ketat dikuatkuasakan,” katanya lagi.

Difahamkan, terdapat beberapa kemalangan kecil berlaku di lokasi itu sebelum kejadian dan pengguna jalan raya turut sama berhenti di bahu jalan bagi membantu.

Video kejadian nahas juga turut tular di media sosial dan mendapat perhatian warga net. Pengguna akaun Facebook, Umi Ina, berkata, boleh dikatakan setiap malam minggu terdapat aktiviti merempit di lokasi itu.

“Kami yang tinggal berhampiran lebuh raya selalu terkejut dan tak boleh tidur sehingga 4 pagi. “Kadang-kadang dengar siren daripada kereta polis yang mengejar (mereka yang terbabit) ,” katanya di ruangan komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply