ARKIB

KATEGORI

Buletin

Valentino Rossi umum bersara hujung musim ini

Sukan Permotoran

Views

Legenda MotoGP yang kini berlumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi telah mengumumkan persaraannya pada hujung musim ini dalam satu sidang akhbar khas Grand Prix (GP) Styria semalam di Litar Red Bull Ring.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ini sekaligus menamatkan desas-desus mengenai status masa depannya yang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu. Lebih suku abad bergelumang dalam dunia pelumbaan motosikal, pencapaian juara dunia sembilan kali yang digelar ‘The Doctor‘ itu pastinya sukar untuk ditandingi.

Sepanjang kariernya, beliau telah merangkul sebanyak 115 kemenangan dan 235 podium. Beliau juga merupakan satu-satunya pelumba dalam sejarah yang memenangi gelaran dalam kategori 125cc, 250cc, 500cc dan MotoGP.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Rossi memenangi podium pertama pada 1996 berkata, tahun ini merupakan musim ke-26 dan yang terakhir buat dirinya dalam perlumbaan motosikal Grand Prix.

Sememangnya nama beliau akan sentiasa terpahat dalam sejarah sukan permotoran dunia dan beliau dijangka akan menjadi individu sebalik tabir dalam pasukan MotoGP miliknya, Aramco Racing Team VR46 yang akan mula beraksi musim depan.

Grazie Vale!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply