Dalam satu sidang media semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, YBhg. Datuk Sri Shaharuddin bin Khalid telah nombor siri pendaftaran VDN 1 bernilai RM158,000 telah berjaya dibida secara atas talian menerusi JPJeBid.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah menawarkan bidaan secara atas talian (JPJeBid) bagi nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur siri “VDN 1” hingga “VDN 9999”. Bidaan tersebut telah pun dibuka kepada orang awam bermula pada 21 Jun 2019 sehingga 25 Jun 2019.
JPJ juga telah meluaskan pelaksanaan JPJeBid di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) untuk bidaan bagi siri VDN dan akan diperluaskan lagi ke negeri-negeri yang lain. Sistem JPJeBid ini adalah lebih telus bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
Pembida juga boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara masa nyata (realtime) dan tiada unsur-unsur campur tangan manusia. Orang awam yang berminat untuk mendapatkan baki nombor pendaftaran ini, boleh berurusan di Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan.
Selain itu, orang awam turut disarankan untuk memiliki ID mySIKAP awam bagi mendapatkan senarai nombor semasa yang masih belum didaftarkan lagi dan seterusnya membelinya secara atas talian. Untuk melihat keputusan bidaan nombor pendaftaran siri VDN, layari pautan ini.
Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI