ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Axia masuk pasaran Seychelles

Berita Global

Views

Perodua menandakan kemasukan jenamanya ke negara kepulauan Seychelles dengan melancarkan Axia di Hotel Eden Bleu malam tadi. Perodua telah melantik SF Hybrid Motors Pty Ltd sebagai pengedar rasminya di Seychelles bagi mengendalikan jualan dan lepas jualan di sana.

Di negara tersebut, Axia ditawarkan dalam empat pilihan varian, iaitu E MT, G AT, SE dan AV. Perodua turut menawarkan harga promosi untuk kesemua varian yang dijual.

Berikut adalah harga Perodua Axia di Seychelles mengikut varian:

  • Varian E (MT) – 235,000 Rupee Seychellois (*RM71,500)
  • Varian G (AT) – 265,000 Rupee Seychellois (*RM80,600)
  • Varian SE (AT) –  275,000 Rupee Seychellois (*RM83,700)
  • Varian AV (AT) – 290,000 Rupee Seychellois (*RM88,300)

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Kesemua varian dikuasakan oleh enjin 1.0 liter 1KR-VE yang digandingkan dengan transmisi manual lima-kelajuan bagi varian E MT dan transmisi automatik empat-kelajuan bagi varian-varian yang lain. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata, mereka teruja untuk mengeksport kenderaan ke Seychelles kerana ia akan memperkenalkan jenama Perodua di pulau percutian tersebut.

Baru-baru ini, Perodua dan SF Hybrid Motors  telah menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memasarkan model Perodua di Seychelles kepada pembeli individu dan flit. Di benua Afrika, Perodua juga mengeksport ke Mauritius, di mana lebih 3,000 unit kenderaannya telah dijual sejak 1996.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019

Perodua sedang bekerjasama dengan Daihatsu Motor Company of Japan, dengan memanfaatkan pengalaman dan rangkaian mereka untuk merancangkan eksport yang lebih mampan dan menguntungkan. Seychelles adalah destinasi popular bagi pelancong Eropah dan Afrika dan ini akan membuka lebih banyak peluang eksport melalui pendedahan jenama Perodua.

Pengarah SF Hybrid Motors Christophe Larue pula berkata, mereka amat berbesar hati untuk membawa Perodua ke Seychelles. Mereka menunjukkan keyakinan kepada Perodua dengan menawarkan waranti selama tiga tahun sehingga 100,000 km.

Perodua Axia amat sesuai untuk pasaran Seychelles kerana ia menawarkan gaya, keselamatan, ciri-ciri pintar serta kos pemilikan, servis dan alat ganti yang rendah. Seychelles adalah sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 115 pulau di Lautan Hindi, sebelah timur daratan Afrika.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply