ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular Honda e milik Tunku Idris digeser BMW 3 Series plat Singapura dalam siasatan

Tular

Views

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkongsi insiden kereta Honda miliknya digeser sebuah BMW 3 Series ketika diletakkan di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi di Johor Bahru, hari ini.

Berita Harian melaporkan, menerusi hantaran di Instagram miliknya, Tunku Idris turut berkongsi gambar bahagian keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Daripada rakaman CCTV yang dikongsi, kejadian berlaku pada jam 2.17 petang ketika pemandu BMW 3 Series bernombor pendaftaran Singapura itu hendak ke ruang tempat letak kereta yang kosong.

Video berdurasi 60 saat menunjukkan pemandu lelaki keluar daripada BMW dan berlalu pergi melewati kenderaan Tunku Idris tanpa melihat sekiranya berlaku kerosakan atau tidak.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Difahamkan, kereta dipandu Tunku Idris adalah kereta elektrik (EV) sepenuhnya dari jenama Honda iaitu Honda e yang dipacu oleh motor elektrik dan dikuasakan oleh bateri.

Mengulas kejadian itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya mengambil maklum dan laporan polis mengenainya dibuat di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan.

Ujar beliau, pihaknya akan menunggu hasil siasatan nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit tunku_idris

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply