ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video wanita mandi anjing tular – Bilik tukar lampin bayi di R&R Tapah terpaksa disertu

Berita Tempatan

Views

Disebabkan kedegilan wanita ini yang memandikan anjingnya bilik tukar lampin bayi di R&R Tapah (Arah Selatan) tanpa menghiraukan teguran petugas dan pelanggan yang lain, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan media ringkas melahirkan rasa kesal dengan kejadian terpencil tersebut. Video kejadian tersebut mula tular di laman sosial pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

PLUS menegaskan bahawa seluruh kawasan R&R di sepanjang lebuhraya adalah kawasan larangan haiwan peliharaan untuk memastikan kebersihan dan keselesaan pelanggan lebuh raya. Pihaknya juga  ingin memaklumkan bahawa sejurus kejadian tersebut, persekitaran tempat tersebut telah disertu dan dibersihkan serta-merta supaya ia boleh terus digunakan oleh pelanggan.

PLUS juga memaklumkan bahawa papan tanda peringatan yang memaklumkan pelanggan bahawa R&R adalah kawasan larangan untuk binatang peliharaan juga diletakkan di semua R&R di lebuh raya. Justeru, PLUS memohon kerjasama semua pelanggan supaya mematuhi larangan tersebut demi kelesaan pelanggan yang lain.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply