ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga kereta Ngeh Koo Ham terbakar dibaling ‘molotov cocktail’, bomba ambil 11 sampel untuk analisis

Berita Tempatan

Views

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil 11 sampel di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang dibaling ‘mototov cocktail di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, di Manjung, untuk dibawa ke makmal bagi siasatan lanjut.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya sudah menjalankan proses forensik kebakaran di lokasi kejadian dengan bantuan Unit Anjing Pengesan K9 agensi itu.

Jelas beliau, operasi forensik ini diketuai oleh Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Perak, Mohamed Habib Mohamed Dali.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, pasukan penyiasatan mengambil 11 sampel di tempat kejadian untuk dibawa ke makmal bagi siasatan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan kediaman dan tiga kereta milik Ngeh terbabit kebakaran akibat dilempar bahan letupan ‘molotov cocktail‘ awal pagi tadi.

Anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk memadamkan kebakaran terbabit.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Ketika kejadian, Koo Ham bersama isterinya sedang tidur di tingkat atas kediaman terbabit. Tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam perkembangan bersansingan, Jemaah Menteri mengutuk serangan bahan letupan, ‘molotov cocktail‘ ke atas kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Manjung, awal pagi tadi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata serangan itu jelas melanggar undang-undang dan memberi amaran tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Update info semasa #Update

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply