ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih 39,000 unit kenderaan Honda terjual pada separuh pertama 2022

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia berjaya menjual lebih daripada 39,000 unit kenderaan antara bulan Januari dan Jun 2022, meningkat sebanyak 60 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pencapaian cemerlang ini membolehkan syarikat berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jualan tahun 2022, iaitu sebanyak 80,000 unit.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Setakat 30 Jun 2022, Honda Malaysia telah menyumbang sebanyak 12 peratus daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV). Bulan Mac menyaksikan rekod jualan tertinggi pada separuh pertama 2022 dengan jualan melebihi 10,500 unit.

City muncul model paling laris, dengan 39 peratus daripada jumlah jualan, diikuti dengan City Hatchback dan Civic, masing-masing dengan 23 peratus dan 18 peratus.

Empat model iaitu City, City Hatchback, Civic dan Accord muncul sebagai kereta Bukan-Nasional No. 1 dalam segmen masing-masing dari bulan Januari hingga Mei 2022.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, syarikat membuka tirai 2022 dengan bergaya menerusi pelancaran Civic baharu pada bulan Januari.

Pada ketika ini, momentum itu berterusan dengan pelancaran HR-V serba baharu. Tambah beliau, pihaknya telah menerima lebih daripada 105,000 tempahan dalam enam bulan pertama tahun ini.

Selain itu, Honda Malaysia turut menghargai sokongan daripada Kerajaan Malaysia yang telah melanjutkan tempoh pendaftaran kenderaan dengan pengecualian cukai jualan sehingga 31 Mac 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply