ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen cipta kerusi pejabat canggih, siap boleh pandu dengan kelajuan 20 km/j

Berita Global

Views
Slik lagde vi Norges mest populære arbeidsplass på fem hjul

Sepasukan pereka dan jurutera syarikat pengeluar kenderaan, Volkswagen membina sebuah kerusi pejabat berteknologi tinggi yang boleh ‘dipandu’ dengan kelajuan mencecah 20 kilometer sejam, lapor laman berita Oddity Central caru-baru ini.

Kerusi pejabat boleh bergerak itu dilengkapi dengan motor dan sistem kawalan yang membolehkan pengguna memandunya ketika bekerja di pejabat.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Matlamat projek tersebut adalah untuk menawarkan beberapa ciri yang tersedia pada kereta Volkswagen untuk digunakan pada kerusi pejabat.

Pasukan tersebut bukan sahaja berjaya membina motor sebenar dan sistem kawalan pemanduan untuk kerusi itu, bahkan ia turut mengetengahkan citi tali pinggang keledar, hon, pembesar suara dan rim kecil untuk roda kerusi.

Kerusi pejabat futuristik itu juga dilengkapi sistem deria pencegahan pelanggaran 360 darjah, kamera sandaran, paparan skrin sentuh, lampu depan pada tempat letak tangan, lampu diod pemancar cahaya (LED), ruang pengecasan USB, poket kecil untuk menyimpan dokumen dan logo Volkswagen pada penyandar kepala.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ia turut disertakan dengan bateri yang boleh ditukar serta menawarkan jarak pemanduan sehingga 12 km dengan sekali cas.

Menurut Volkswagen, kerusi itu dibina hanya sebagai satu projek pemasaran untuk menyerlahkan pelbagai ciri yang dipandang remeh oleh pemandu.

Syarikat itu berkata, kerusi berkenaan akan ‘tersedia untuk dipandu uji di pelbagai lokasi’ dalam masa terdekat.  – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Volkswagen

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply