ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen perkenal logo baharu

Berita Global

Views

Gergasi automotif dari Jerman, Volkswagen mengambil kesempatan untuk memperkenalkan logo baharu mereka di Frankfurt Motor Show 2019. Logo baharu Volkswagen yang direka semula ini lebih ringkas dan nampak retro, dengan menampilkan rekaan grafik 2 dimensi yang lebih jelas dan ia lebih fleksibel untuk diaplikasikan pada media digital.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

Ia mula dipaparkan di ibu pejabatnya di Wolfsburg dan proses penjenamaan semula ini akan diteruskan oleh kesemua cawangan jenama tersebut di serata dunia secara berperingkat. Volkswagen berkata, pertukaran logo semula ini merupakan “salah satu projek penjenamaan semula yang terbesar dalam industri di seluruh dunia.”

Proses ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana Volkswagen telah bertapak di 154 buah negara yang berbeza. Ini bermakna syarikat tersebut perlu menggantikan kira-kira 70,000 logo seluruh dunia di 10,000 cawangan dan pusat servisnya. Syarikat itu menjangkakan proses penjenamaan semula ini akan selesai pada pertengahan tahun depan.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Walaupun logo baharu ini nampak ringkas, prosoes untuk mengubah reka bentuknya amatlah rumit dan Volkswagen berkata, 19 pasukan dalaman dan 17 agensi luar terbabit dalam projek ini. Dalam masa yang sama Volkswagen turut memperkenalkan “bunyi logo” baharu mereka buat pertama kali yang menampilkan suara wanita. Volkswagen berkata ia membolehkan jenama itu mempunyai identitinya yang sendiri dalam istilah akustik, baik dalam kenderaan mahupun komunikasi.

Ketua Pereka Bentuk Volkswagen Klaus Bischoff telah memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan logo baharu itu dan berkata, mereka telah mencipta platform komunikasi yang tulen untuk persembahan emosi daripada e-mobiliti.

Apa pendapat anda tentang logo baharu Volkswagen? Kami suka kerana ia lebih ringkas, jelas dan kemas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply