Volvo Car Malaysia telah melancarkan kenderaan elektrik penuh (EV) pertamanya iaitu XC40 Recharge Pure Electric dan hari ini mengumumkan harga jualannya, iaitu RM262,459.75. Bermula malam ini, pelanggan boleh membuat pesanan secara dalam talian di laman sesawang rasmi syarikat www.volvocars.com/my.
Pelancaran XC40 Recharge Pure Electric merupakan detik penting bagi Volvo Car Malaysia kerana ia menjadi jenama kereta mewah pertama di negara ini yang membuat pemasangan tempatan EV dalam bentuk unit CKD.
Ini bermakna, tidak lama lagi Volvo Car Malaysia akan turut mengeksport kenderaan elektrik sepenuhnya ke pasaran di rantau ASEAN.
XC40 Recharge Pure Electric menampilkan penjana kuasa pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 418 km dengan sekali cas.
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
Harga XC40 Recharge Pure Electric turut merangkumi:
- kabel pengecas kereta
- pakej perkhidmatan (tahun/km)
- waranti kenderaan selama 5 tahun
- waranti bateri HV selama 8 tahun
- bantuan pinggir jalan selama 5 tahun
Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata pelancaran ini menjadi asas kepada mereka untuk tampil sebagai jenama kereta elektrik mewah terkemuka di negara.
Tambah beliau, bagi menyokong hasrat ini pihaknya komited untuk melancarkan kenderaan elektrik baharu setiap tahun dalam tempoh 5 tahun akan datang.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
Selain itu, pihaknya juga mempunyai keupayaan untuk memasang kenderaan elektrik penuhnya sendiri untuk pasaran tempatan dan ASEAN.
Ini adalah selaras dengan cita-cita global Volvo Cars, menyumbang 50 peratus daripada barisan elektrik penuh menjelang 2025 kepada sebuah syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030 dan menjadi syarikat neutral iklim menjelang 2040.
XC40 Recharge Pure Electric ditawarkan dalam lima pilihan warna yang menarik, antaranya Black Stone, Crystal White Pearl, Denim Blue, Glacier Silver dan Sage Green.
Pelanggan yang membuat pesanan mereka secara dalam talian dijangka akan menerima kenderaan mereka bermula akhir bulan April 2022 dan seterusnya.
Sementara itu, pembeli yang berminat boleh menempah slot pandu uji melalui www.volvocars.com/my atau menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo berhampiran.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
KOMEN TERKINI