ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jumlah jualan suku pertama 2022 Proton turun, Saga terajui segmen-A

Berita Tempatan

Views

Proton mencatatkan penurunan jumlah jualan pada suku pertama tahun 2022 berikutan beberapa masalah, seperti vendor tempatan yang terjejas akibat banjir, gangguan logistik dan kekurangan bekalan cip.

Walaubagaimanapun, situasi kini bertambah baik dan prospek bagi suku kedua adalah positif, namun jumlah jualan keseluruhan bagi tiga bulan pertama tahun menggambarkan cabaran yang dihadapi oleh syarikat.

Bagi bulan Mac, Proton berjaya menjual 13,028 unit (domestik + eksport), meningkat sebanyak 41.2 peratus berbanding bulan sebelumnya dan bersamaan dengan ramalan pegangan pasaran sebanyak 19 peratus.

Jualan terkumpul dari bulan Januari hingga bulan Mac berjumlah 26,706 unit dengan pegangan pasaran terkumpul sebanyak 17.5 peratus.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Ini membolehkan Proton kekal di tempat kedua dalam pasaran meskipun terdapat pengurangan jualan sebanyak 18.6 peratus dan pengecutan 5.7 peratus dalam pegangan pasaran berbanding suku pertama tahun lalu.

Walaupun jumlah jualan untuk Mac turun sebanyak 13 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2021, Proton masih mencatatkan beberapa rekod yang patut diberi perhatian.

Saga, model yang terjejas teruk pada bulan Januari, berjaya mencatat jualan 6,422 unit pada bulan Mac, pencapaian terbaik sejak bulan November 2013.

Ia bermakna, Saga kini menjadi peneraju jualan untuk sedan segmen-A, malah turut menjadi model segmen-A terlaris secara keseluruhan. Pertumbuhan dalam jualan eksport turut membantu memperkasakan jualan Saga.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Proton mencapai angka jualan eksport tertinggi dalam tempoh 108 bulan dengan sejumlah 794 unit (terdiri daripada pelbagai model) yang dieksport pada bulan Mac.

Pakistan merupakan pasaran eksport terbesar bulan ini dengan 690 unit manakala jumlah keseluruhan eksport suku pertama sebanyak 1,117 unit, peningkatan 175 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas.

Bagi model lain, X70, X50 dan Exora mengekalkan kedudukan dalam segmen masing-masing dengan jualan 2,320 unit, 1,573 unit dan 536 unit. Sementara itu, Persona dan Iriz menduduki tempat ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah, tiga bulan pertama tahun 2022 sangat mencabar bagi mereka dan pelanggan berikutan isu pengeluaran.

Tambah beliau, bekalan alat ganti dan jumlah pengeluaran mulai stabil pada bulan Mac namun pihaknya menjangkakan beberapa lagi gangguan dalam beberapa bulan akan datang apabila industri lain meningkatkan pengeluaran mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply