ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUV EV paling kecil dan termurah Volvo, EX30 dilancarkan

Berita Global

Views

Ahli keluarga terkecil dari Volvo, iaitu EX30 telah pun tiba dan ia juga merupakan SUV ‘subkompak premium’ sulung, serta menjadi model elektrik penuh yang keempat dari jenama tersebut.

Dari segi dimensi, EX30 berukuran 4,233 mm panjang, 1,837 mm lebar, 1,555 mm tinggi dengan jarak antara gandar roda 2,650 mm.

Menurut Volvo, casis EX30 telah ditala untuk mendapatkan pusat graviti rendah, manakala beratnya pula adalah 1,830 kg.

Di pasaran Amerika Syarikat, EX30 ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa elektrik yang terdiri daripada:

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

  • Motor elektrik tunggal (Single Motor Extended Range), pacuan roda belakang (RWD) yang menjana 268 kuasa kuda dan 343 Nm daya kilas. Ia dikuasakan oleh pek bateri Nikel Mangan Kobalt (NMC) berkapasiti 64 kWh dengan jarak pemanduan 443 km.
  • Motor elektrik berkembar (Twin Motor Performance), pacuan semua roda (AWD) dengan output sebanyak 422 kuasa kuda dan 543Nm daya kilas. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.6 saat dengan jarak pemanduan 426 km, sekali gus menjadi model produksi terpantas pernah dihasilkan oleh Volvo setakat ini.

Selain itu, dipasaran Eropah serta negara lain, ia turut ditawarkan dengan motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang (RWD). Ia dikuasakan pek bateri Litium Besi Fosfat (LFP) berkapasiti 49 kWh, dengan jarak pemanduan 322 km.

Dari segi pengecasan, bateri NMC menyokong pengecas DC dengan kapasiti puncak 153kW, dengan keupayaan mengecas dari 10 hingga 80 peratus dalam hanya 26.5 minit.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Untuk bateri LFP pula, ia menyokong pengecasan sehingga 134 kW dan memerlukan 26 minit untuk melengkapkan kitaran yang sama.

Gaya reka bentuk EX30 boleh dikatakan agak tipikal dengan model-model Volvo terdahulu dengan unsur rekaan Scandinavian seperti lampu ‘tukul Thor’ yang diolah dalam bentuk digital, lampu belakang terpisah dan susun atur papan pemuka yang minimalis.

Rekaan kabin minimalisnya dihiasi dengan paparan inforia susunan menegak bersaiz 12.3-inci yang menyokong perisian dari Google, Apple, Qualcomm dan ECARX yang boleh dikemas kini secara ‘over-the-air‘.

Selain itu ia turut dilengkapi dengan kunci digital yang serasi dengan pelbagai jenama dan model peranti pintar, serta aplikasi yang berkaitan seperti pengecasan, penjejakan, kunci/nyah kunci, pemanasan dan ciri Bantuan Parkir generasi terkini.

Bermula tahun depan (2024), EX30 akan turut ditawarkan dalam varian Cross Country yang menampilkan lega tanah lebih tinggi, rim kemasan hitam bersaiz 19-inci atau 18-inci dengan tayar segala-permukaan, plat gelincir, kemasan hitam pada bampar depan dan pintu belakang, termasuk lencana Cross Country.

KLIK UNTUK BESARKAN

Volvo EX30

Volvo EX30 Cross Country

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply