Volvo Car Malaysia hari ini memperkenalkan program rawatan total kereta terpakai menyeluruh yang dikenali sebagai Volvo SELEKT. Program ini menawarkan kecemerlangan dan kualiti kereta Volvo yang baharu tanpa perlu berkompromi terhadap harga yang tinggi. Setiap kereta Volvo di bawah program Volvo SELEKT dijamin berusia di bawah lima tahun dan jarak perbatuan kurang dari 100,000 km.
Sekiranya kereta itu memenuhi syarat tersebut, ia akan melalui pemeriksaan 125 titik dan perisiannya akan dipertingkatkan kepada teknologi terkini. Jika berlaku sebarang kerosakan, alat ganti tulen Volvo akan digunakan dan yang paling penting, semua penyelenggaraan dan kemas kini akan dilakukan oleh juruteknik Volvo yang sah dan terlatih.
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata, pihaknya berharap dapat memberikan pilihan alternatif buat pelanggan menerusi Volvo SELEKT. Tambah beliau, Volvo SELEKT memberi jaminan bahawa pelanggan akan menerima kualiti dan perkhidmatan yang setanding dengan kereta Volvo yang baharu, pada pakej yang bersesuaian dengan keperluan pembiayaan mereka.
Selain itu, setiap kenderaan diberikan jaminan minimum 12 bulan, pakej perkhidmatan penyelenggaraan 1 tahun percuma (VSA 1) dan Perkhidmatan Bantuan Pinggir Jalan (Roadside Assistance) selama 12 bulan. Pelanggan juga dapat memilih daripada variasi aksesori yang direka dengan tujuan membentuk kelancaran hubungan antara kereta dan gaya hidup mereka.
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
Pakej Polestar turut ditawarkan sebagai penambahan pilihan untuk model-model Volvo yang terpilih. Volvo Car Malaysia berharap menerusi Volvo SELEKT ini, lebih ramai rakyat Malaysia dapat merasai sendiri ciri keselamatan dan inovasi perintis yang dibina di dalam setiap kereta. Semua kereta Volvo SELEKT juga telah menjalani pemeriksaan yang diluluskan oleh Volvo.
Proses pemeriksaan dan pemilihan ini hanya dapat dilakukan oleh pengedar Volvo Car yang sah di Malaysia, di mana pemilik kereta Volvo SELEKT baru akan diberikan sijil pengesahan semasa pembelian. Program Volvo SELEKT pada masa ini hanya tersedia di Pusat SELEKT Sisma Auto Glenmarie, dan ia akan diikuti oleh lebih banyak pengedar yang sah pada masa akan datang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
KOMEN TERKINI