ARKIB

KATEGORI

Buletin

Remaja pandu lawan arus dihukum penjara lima tahun dan denda RM18,000

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, seorang remaja perempuan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM18,000 oleh Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam hari ini selepas didapati bersalah memandu secara melulu dan melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, tiga tahun lepas.

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu ke atas Ng Pei Ven, 22, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mahkamah turut memerintahkan remaja itu dihukum penjara 24 bulan jika gagal membayar denda serta lesen memandu percubaannya dibatalkan dan tertuduh turut hilang kelayakan untuk memohon lesen kenderaan selama lima tahun dari tarikh sabitan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan RM5,000 lagi menjadi RM12,000 daripada RM7,000 sebelum ini.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Remaja wanita tersebut dilihat menangis dan beberapa kali mengesat air mata di kandang tertuduh sebaik sahaja dijatuhi hukuman tersebut. Pada 24 Mac 2017, Ng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, di Lebuhraya Utara Selatan, arah utara pada 7.50 pagi, 14 Mac 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari manakala Ng diwakili peguam Lim Boon Beng.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply