ARKIB

KATEGORI

Buletin

Insentif pembelian EV wajar dimasukkan dalam Belanjawan 2024 – MITI

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berharap Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan pemberian insentif yang bertujuan menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) dalam Belanjawan 2024 akan datang.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI telah menerima cadangan hebat daripada pemain industri dan rakyat untuk Belanjawan 2024, termasuk cadangan yang berkaitan dengan ekosistem EV.

Jelas beliau, Indonesia merupakan satu-satunya negara (Asean) yang telah memperkenalkan subsidi untuk EV bagi motosikal mereka.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Ini (insentif untuk menggalakkan pembelian EV di Malaysia) merupakan satu cadangan yang baik untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2024 dan beliau yakin Perdana Menteri (selaku) Menteri Kewangan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya”.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai kemungkinan insentif EV dimasukkan dalam Belanjawan 2024.

Dalam ucapannya semasa melancarkan Pusat Pengalaman rydeEV baru-baru ini, beliau berkata MITI akan terus menyokong pertumbuhan infrastruktur pengecasan EV untuk kenderaan dua roda, sama seperti usaha kerajaan yang komited untuk memasang 10,000 pengecas EV menjelang 2030.

Kerajaan juga akan terus menyokong dan memudahkan inisiatif serupa yang menyumbang kepada matlamat bersama iaitu Malaysia yang lebih bersih, hijau dan lebih makmur, katanya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ujar beliau, memandangkan bateri EV merangkumi sehingga 70 peratus daripada kos, kaedah pertukaran bateri boleh mengurangkan kos pemilikan dengan ketara untuk pemilik e-motosikal.

Dengan pemilikan sifar dan masalah penyelenggaraan, perkhidmatan langganan bateri ini mampu mempopularkan EV ke tahap baharu, yang mana pengguna boleh terus menghidupkan e-motosikal mereka dan menikmati tunggangan.

Beliau juga pada masa yang sama menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan untuk menceburi industri EV dua roda.

Pusat Pengalaman rydeEV yang dilancarkan itu membolehkan pengunjung merasai masa depan mobiliti mikro dan kemudahan teknologi bateri boleh tukar Yinson GreenTech, mendaftar pakej pajakan untuk pemilikan atau pajakan yang berpatutan, mendapatkan e-motosikal mereka diservis atau dibaiki serta membeli barangan rydeEV.  – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply