ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

W13 ‘lemau’, Mercedes bina semula jentera lumba

Sukan Permotoran

Views

Pasukan Mercedes mengambil keputusan untuk membina semula jentera terbaik mereka selepas mempamer aksi hambar pada aksi pembukaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Bahrain kelmarin.

Utusan Malaysia melaporkan, prinsipal pasukan, Toto Wolff menyifatkan mereka gagal bertanding untuk gelaran dunia selepas jentera W13 serba tidak menjadi dan ketinggalan agak jauh meskipun Lewis Hamilton berjaya menaiki podium tempat ketiga.

Ferrari melakukan kejutan apabila meraih kemenangan 1-2 menerusi Charles Leclerc dan Carlos Sainz, sementara Hamilton di kedudukan ketiga selepas Max Verstappen (Red Bull) berdepan masalah pada baki tiga pusingan ter­akhir.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Wolff berharap pasukanya dapat menyelesaikan beberapa masalah terutama melibatkan isu downforce sebelum bermulanya perlumbaan pusingan ke­dua di Jeddah hujung minggu ini.

Jelas Wolff, masalah utama ketika di laluan lurus dan Hamilton tidak dapat memecut lebih laju, jadi kami perlu membuat penilaian selepas beberapa perlumbaan untuk melihat keseluruhan masalah yang ada pada jentera.

Mercedes dikatakan berdepan masalah aerodinamik pada ­jentera W13 dan tidak stabil ketika memecut di laluan lurus hingga berlaku lantunan sehingga timbulnya masalah seretan selain isu cengkaman tayar.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Sementara itu, Hamilton mengambil pendekatan positif walaupun sedar pasukannya berdepan masalah dan berharap Mercedes berjaya menemui beberapa peningkatan menjelang perlumbaan di Jeddah nanti.

Ujarnya, Ferrari dan Red Bull sangat laju di laluan lurus, manakala prestasi mereka di selekoh sa­ngat berbeza dengan Mercedes.

Hamilton berharap dalam perlumbaan seterusnya merekai berjaya menemui beberapa penambahbaikan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mercedes-AMG Petronas Formula One Team

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply