ARKIB

KATEGORI

Info

Kisah di sebalik Vector – Mobiliti udara pertama negara

Info

Views

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Group, Kamarul A Muhamed akhirnya bersuara dengan menceritakan kisah sebenar di sebalik kewujudan ‘mobiliti udara’ pertama Malaysia yang dikenali sebagai Vector. Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook peribadinya, beliau berkata hampir dua bulan lepas, mereka mendapat tahu ada pihak yang ingin membawa masuk dron Ehang dari China ke Malaysia.

Namun, perancangannya adalah untuk ‘menjenamakan semula’ produk tersebut sebagai barangan buatan Malaysia dan ia akan digunakan untuk mendapat pembiayaan dari kerajaan. Ini yang membuatkan beliau rasa terpanggil untuk menghentikan ‘penipuan’ itu dan sama sekali tidak akan membenarkan ‘wang rakyat’ mengalir ke projek tersebut.

Apabila Aerodyne ditanya sama ada syarikat tersebut mampu membuat perkara yang sama dan menjadikannya lebih baik, beliau menyahut cabaran tersebut kerana syarikatnya memang mempunyai teknologi dan telah membuat perancangan selama beberapa bulan ke arah itu.

JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

Apa yang mereka tiada hanyalah masa dan fokus untuk tujuan tersebut. Sebenarnya mereka kini sedang sibuk mengembangkan sayap serata dunia dan pada bulan ini sahaja mereka akan masuk ke Rusia, India dan Kazakhstan selain mengadakan usaha sama (JV) dengan syarikat-syarikat gergasi dari Jepun, India, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Kebetulan, pada awal bulan ini mereka turut menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Tokyo. Perbincangan utama dalam forum tersbut adalah berkaitan Mobiliti Udara dan seluruh dunia kini sedang bergerak ke arah itu. Bagi beliau adalah satu kerugian besar sekiranya kesempatan ini tidak diambil.

Akhirnya mereka bersetuju untuk merealilasikan idea tersebut dan telah menubuhkan satu pasukan untuk memulakannya. Semasa di Jepun, beliau mengadakan kolaborasi dengan rakannya yang telah mula memulakan pembangunan projek itu sendiri selama setahun.

JOM BACA >> Vector bukan ‘kereta terbang’ – Aerodyne Group

Beliau berkata, Aerodyne akan membangunkan versi mereka sendiri dan tidak akan sama sekali mengambil jalan pintas dengan menukar lencana (rebadged). Namun mereka akan berkolaborasi dengan berkongsi sumber dan kepakaran. Dengan cara ini mereka boleh menjimatkan kos dan boleh mempercepatkan proses tersebut.

Kedua-dua mereka akhirnya bersetuju dan inilah bagaimana projek Vetor ini bermula. Apa yang penting, pembangunan projek ini menggunakan dana mereka sendiri dan impian mereka adalah untuk menjadi salah satu dari peneraju dan menjadi kebanggaan Malaysia!

Sebagai penutup kalam, beliau bertanya kepada ‘pembawang’ atau ‘kaki troll’ yang berfikiran sempit, apakah sumbangan paling bermakna yang pernah mereka beri sepanjang hidup? Kami puji semangat dan kesungguhan beliau untuk membuktikan kepada dunia yang anak Malaysia juga punyai idea yang hebat. Teruskan usaha murni saudara dan semoga berjaya!

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?
JOM BACA >> Daimler sah jual 50 peratus saham Smart kepada Geely
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply