ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terbabit nahas Jeju Air

Berita Global

Views

Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas pesawat Jeju Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan, hari ini.

“Pejabat Kedutaan Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia menaiki pesawat Jeju Air Penerbangan 7C2216.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Malaysia merakamkan perasaan simpati dan ucapan takziah kepada mangsa serta keluarga yang terjejas dalam kejadian itu, dan juga kepada rakyat dan Kerajaan Korea,” katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pesawat membawa 181 orang itu terbakar selepas terbabas dari landasan dan melanggar dinding di lapangan terbang di daerah Muan, barat daya Korea Selatan, dipercayai menyebabkan semua kecuali dua mangsa terkorban.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Agensi Berita Yonhap yang memetik pihak berkuasa melaporkan, dua mangsa terselamat dan 85 mangsa disahkan maut, manakala baki yang sebelum ini dilaporkan parah pula dianggap sudah meninggal dunia.

Semua mangsa yang masih hilang dipercayai telah meninggal dunia, kata pihak bomba sambil memaklumkan operasi kini beralih kepada usaha mencari mayat.

Seorang penumpang serta seorang kru, kedua-duanya wanita – diselamatkan sejurus selepas kejadian dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Mokpo. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Daily Guardian

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply