Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam telah memperkenalkan pilihan warna dan reka corak grafik baharu untuk model skuter 125 ccnya, Ego Avantiz 2023.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
Bagi tahun 2023, Ego Avantiz kini boleh ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu, iaitu kelabu (grafik jejalur kuning), cyan (grafik jejalur kuning) dan juga merah (grafik jejalur putih).
Harga runcit yang disyorkan adalah RM5,998 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans), dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 km. Ia boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara mulai 22 Disember 2022
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Skuter ini masih mengekalkan enjin silinder tunggal BlueCore 125 cc sejukan udara empat lejang yang menjana 9.4 kuasa kuda pada 8,000 rpm dengan 9.6 Nm daya kilas pada 5,500 rpm.
Ia dilengkapi dengan suspensi hadapan adalah jenis teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, brek cakera hadapan dan brek jenis dram di belakang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI