ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik Wira pasrah, kereta kesayangan yang ‘dibikin’ dengan kos RM40k tenggelam banjir

Berita Tempatan

Views

Hanya mampu menangis di sisi kereta. Itu yang berlaku sebaik Tuan Mohd Fazzell Tuan Ahmad Sabri, 28, melihat kereta Proton Wira miliknya yang diubahsuai dengan kos RM40,000 ditenggelami banjir di Kampung Alur Keladi di Besut, Isnin lalu.

Menurutnya, banjir kali ini paling teruk dialami biarpun saban tahun kawasannya dilanda bencana sama ketika musim tengkujuh.

Banjir mula berlaku pagi Isnin dan ketika itu air hanya paras tayar kereta saja tetapi kira-kira jam 8 malam, air semakin tinggi dan mula masuk ke bahagian dalam kereta.

Dia kemudiannya memindahkan kereta ke lokasi lebih tinggi sebelum bersama kedua ibu bapanya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selama dua hari.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Tambahnya, paras air setinggi tiga meter di luar rumah, manakala dalam rumah kira-kira semeter dan ini adalah banjir paling serius kerana sebelum ini di bahagian luar rumah hanya setakat paras lutut saja dan air juga tidak naik di tempat mereka meletak kereta.

Menurut Tuan Mohd Fazzell, Proton Wira kesayangannya itu diubahsuai sejak lima tahun menggunakan wang simpanan dari gaji bulanannya.

Katanya, Proton Wira itu diubahsuai dengan pintu kereta boleh dibuka dan diangkat ke atas, sistem bunyi dan aksesori di luar dan dalam bahagian kereta.

Sekarang keretanya sudah rosak termasuk enjin dan bahagian dalamnya selain sudah tidak dapat dihidupkan ketika dia pergi ke tempat itu selepas banjir mula surut pada Rabu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

“Susah hati melihat keadaan kereta kesayangan yang kerap dibawa menyertai program kereta dan sudah mendapat 123 trofi kemenangan melalui ‘autoshow‘ kereta, kini sudah rosak dan tersadai dek banjir,” katanya.

Fokusnya kini untuk membeli keperluan penting dahulu seperti tilam baharu untuk keselesaan ibu bapa dan perkakas rumah lain yang sudah rosak dalam bencana itu.

“Untuk kereta biarlah dahulu, ada rezeki lebih nanti saya akan baiki kerana untuk baiki dan jadi seperti sebelum ini memerlukan kos yang sangat tinggi,” katanya.

Sebelum ini, Tuan Mohd Fazzell kerap berkongsi video mengenai keretanya itu di akaun TikTok dan mendapat perhatian warganet.

Terbaharu, perkongsian mengenai keretanya ditenggelami banjir juga mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati dengan musibah itu. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply