Yamaha Motor Vietnam Co., Ltd. (YMVN) malam tadi telah melancarkan generasi baharu Exciter 155 VVA di negara tersebut. Di Malaysia model ini lebih sinonim dengan gelaran Y Suku (Y15ZR) dan untuk versi ketiganya, ia tampil dengan reka bentuk serta enjin dan transmisi serba baharu.
Model ini didatangkan dalam dua varian, iaitu Standard Version dan Premium Version, dengan empat pilihan warna yang menarik. Tiga pilihan warna ditawarkan pada varian Standard Version dan Premium Version iaitu hitam, merah dan putih manakala satu lagi tema warna, GP Edition hanya ditawarkan pada Premium Version sahaja.
Exciter 155 VVA baharu dijual pada harga 46,990,000 VND (RM8,233) bagi varian Standard Version, 49,990,000 VND (RM8,758) bagi varian Premium Version dan varian GP Edition pula dijual pada harga 50,490,000 VND (RM8,846).
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
Supermoped ini dipacu oleh enjin silinder tunggal 155 cc suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA), yang digandingkan bersama transmisi enam kelajuan (cekam jenis slip & assist) yang mampu menghasilkan 17.7 kuasa kuda pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm daya kilas pada 8,000 rpm.
Ia masih mengitar semula sistem suspensi pada model terdahulu Exciter 150, kecuali fork hadapan yang menerima penalaan semula supaya lebih tinggi. Sistem breknya juga masih lagi belum dibekalkan dengan sistem brek anti-kunci (ABS) akan tetapi, breknya telah dipertingkatkan dengan angkup brek dwi omboh pada roda hadapan namun terhad kepada versi Premium sahaja.
Kapasiti tangki bahan bakar model Exciter 155 VVA kini lebih besar, 5.4 liter. Exciter 155 VVA tampil lebih moden dan sporty dengan penggayaan yang sedikit kontroversi, terutama pada bentuk lampu depan yang kelihatan seolah-olah dipenyekkan.
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?
Lampu belakangnya pula dikatakan mendapat inspirasi dari model superbike YZF-R1. Paparan panel meternya menggunakan jenis digital dengan skrin LCD yang memaparkan segala maklumat merangkumi halaju, takat rpm serta kedudukan gear.
Ciri-ciri standard lain yang ditawarkan pada model ini termasuklah suis pemati enjin, suis lampu untuk memotong (passing light), rantai yang kini lebih tahan lama dan lebih lancar serta rekaan pelana tempat duduk dan rekaan pelindung lumpur (mudguard) baharu. Untuk Premium Version, ia ditambah dengan beberapa ciri lain, antaranya sistem Kunci Pintar dan soket pengecasan 12V.
Paling mencuri tumpuan malam tadi adalah kehadiran model prototaip F-155 Concept yang turut dipamerkan semasa pelancaran. Difahamkan, Exciter 155 VVA akan tiba di Malaysia sebagai Y15ZR V3 pada separuh kedua tahun hadapan dan ada ura-ura mengatakan versi sedia ada akan terus dijual sebagai pilihan kepada pembeli.
KLIK UNTUK BESARKAN
Prototaip F-155 Concept
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
KOMEN TERKINI