ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bukan senang Proton X50 nak dapat 5-Bintang ASEAN NCAP – Zanita Zainuddin

Info

Views

Mungkin ramai antara kita yang beranggapan kerja Proton lebih mudah dengan hanya ‘menukar lencana’ dan mengubah kedudukan pemanduan ke sebelah kanan pada model X50, sekali gus melayakkannya untuk meraih penarafan 5-Bintang NCAP. Namun ia tidaklah semudah yang disangka menurut Ketua Keselamatan dan Pemanduan Pintar Proton, Zanita Zainuddin.

Katanya, semasa beliau dan pasukannya ditugaskan untuk membangunkan semula Geely Binyue kepada Proton X50, mereka tahu betapa pentingnya untuk mendapatan penarafan lima bintang dari Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Beberapa perubahan perlu dibuat, melibatkan talaan prestasi, penggantian bahan dan perubahan kedudukan komponen. Kebanyakan daripada ciri keselamatan Binyue digunapakai semula, kecuali Fungsi Maklumat Had Laju (SLIF) yang merupakan ciri pengecaman papan tanda jalan di China yang memberitahu pemandu had laju semasa jalan tersebut.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Jika sistem ini tidak diubah, ia mungkin memberikan maklumat yang salah  kepada unit kawalan X50 disebabkan perbezaan bahasa, karektor dan papan tanda. Disebabkan mereka perlu menyegerakan penghasilan model tersebut ke pasaran, ciri ini terpaksa diabaikan buat sementara waktu bagi membolehkannya diubahsuai pada model akan datang.

Salah satu perubahan ketara yang telah dibuat adalah pada badan model SUV tersebut. Dalam ujian awal, ketika diuji secara perlanggaran hadapan, papan lantai depannya sering ‘terkoyak’. Bagi mengatasinya, para jurutera harus memperkukuhkan kawasan ini dengan keluli berkekuatan ultra tinggi sekali gus mengalihkan kekuatan hentaman ke kawasan lain yang tidak menimbulkan ancaman terhadap keselamatan penumpang.

Secara keseluruhan, 40 peratus badan, termasuk bahagian depan, sisi dan belakang, dibuat menggunakan gabungan variasi keluli berkekuatan tinggi. Satu lagi perubahan dibuat adalah pada perehat kaki yang berada di sebelah injak pemecut dan brek. Enjin sentiasa diletakkan di bawah hud pada sebelah kanan kenderaan, waima apa jua kedudukan pemanduan sekalipun.

Oleh itu, semasa perlanggaran, pemandu Proton X50 dengan pemanduan kanan akan lebih terdedah kepada kecederaan kaki berbanding pemandu Geely Binyue dengan pemanduan kiri. Bagi melindungi kaki pemandu, perehat kaki untuk model telah diubahsuai bagi memastikan kaki kekal pada bahagian tersebut dengan mengurangkan gelinciran.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Selain itu, perbezaan kriteria dari badan NCAP turt mempengaruhi skor untuk mendapatkan penarafan lima-bintang. Sebagai contoh, kereta Geely telah dihasilkan untuk memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh C-NCAP (untuk pasaran domestik China), yang sedikit berbeza sepertimana yang ditetapkan oleh ASEAN-NCAP.

Salah satu contoh adalah beg udara tirai. ASEAN-NCAP menekankan bahawa penggunaan beg udara tirai secara statik merangkumi pelbagai jenis badan untuk orang yang mungkin memandu. Oleh itu, beg udara tirai untuk Proton X50 harus disesuaikan untuk memberikan perlindungan tambahan ke kawasan kepala semasa hentaman, terutama pada pelanggaran sisi.

Disebabkan ia sangat penting dalam meningkatkan keselamatan penumpang, ia mungkin bakal digunakan dan menjadi ciri penting pada model Geely masa depan. Satu lagi perkara yang boleh dipelajari oleh Geely adalah berhubung dengan penilaian Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP). C-NCAP pada masa ini tidak membuat penilaian keselamatan tempat duduk bayi untuk penumpang kanak-kanak tetapi kemungkinan akan memperkenalkannya mulai tahun depan.

Salah satu perubahan yang dilakukan di kawasan ini termasuklah memanjangkan cangkuk ISOFIX bagi menjadikannya lebih mudah untuk memuatkan tempat duduk bayi, serta menyesuaikan sudut sehingga tempat duduk itu boleh dimasukkan ke dalam kereta dengan selamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply