ARKIB

KATEGORI

Tular

Yamaha RX-Z harga RM70K bukan rekaan semata-mata

Tular

Views

Macam tak percaya je sebuah motosikal jenis Yamaha RX-Z boleh dijual dengan harga yang mencecah RM70,000 kan? Namun inilah jumlah wang yang perlu dibayar oleh bakal pembeli sekiranya berminat untuk ‘meminang’ jentera dua roda legenda tersebut.

Menurut Berita Harian, mekanik motosikal Tuan Putera Amirul Tuan Muda, 27, yang menetap di Kampung Paka, Dungun berkata, harga motosikal itu bukanlah rekaan, RM70,000 itu murah jika dibandingkan dengan kesukarannya untuk menghasilkan RX-Z Millenium mengikut spesifikasi asal.

Terdahulu, video penerangan mengenai motosikal RX-Z Millenium itu tular di Facebook baru-baru ini sehingga ditonton lebih 1.3 juta dengan 14,000 perkongsian selain 6,800 tanda suka dan 15,000 komen. Putera Amirul berkata, dia membeli motosikal RX-Z Millenium keluaran tahun 2000 itu pada 2017 daripada kenalannya dengan harga RM10,000.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Bagaimanapun, dia sudah membelanjakan lebih RM50,000 untuk membaik pulih motosikal itu dengan menukarkan pelbagai komponen buruk pada motosikal itu dengan komponen yang asli dan baharu. Semua komponen pada motosikal itu adalah asli dan baharu serta dihasilkan 100 peratus sama seperti motosikal yang baharu keluar daripada kilang.

Katanya, walaupun motosikal RX-Z Millenium itu keluaran tahun 2000 tetapi ia tidak dikeluarkan lagi dan model itu antara yang paling diminati dan sukar diperolehi sekarang. Tambahnya, komponen asal yang paling mahal pada motosikal itu ialah “cover set” berharga RM10,000 yang dibeli daripada pengumpul motosikal RXZ dari Kelantan.

Putera Amirul berkata, dia telah menjelajah ke bengkel alat ganti motosikal di seluruh Malaysia untuk mendapatkan pelbagai komponen RX-Z Millenium itu dan sebahagiannya dibeli dari luar negara melalui laman e-Bay. Menurutnya, komponen yang dibeli mesti menepati piawaian termasuk mempunyai tag dan mesti masih dalam plastik, atau dengan kata lain, barang baharu tetapi stok lama.

Kata Putera Amirul lagi, dia sengaja meletakkan harga tinggi yang bersesuaian dengan nilai motosikalnya dengan harapan tiada sesiapa yang ingin membelinya. Sungguh pun begitu, peminat dan pengumpul RX-Z tetap menawarkan harga tinggi untuk membelinya.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Jelasnya, sebelum video motosikal itu menjadi tular, ada peminat RXZ dari Johor menawarkan harga RM55,000 tetapi selepas ia tular di media sosial, pengemar RXZ dari Kuala Berang pula ingin membelinya dengan harga RM65,000.

Namun dia tidak bersedia untuk menjualnya kerana masih sayangkan motosikal itu dan berhasrat untuk menyertai Pertandingan Restore Original RX-Z Millenium pada Program RX-Z Members tahun hadapan. Dia juga tidak kisah dan tidak menyalahkan warganet yang mengecamnya setelah video itu tular di media sosial kerana menyifatkan harga motosikalnya itu tidak masuk akal.

Menurut Putera Amirul, nilai motosikal RX-Z itu hanya diketahui oleh ahli dan peminatnya sahaja, sesiapa yang tidak minat dan bukan daripada kalangan pegemar RX-Z tidak akan memahaminya. Katanya lagi, motosikal miliknya itu dihasilkan bukan untuk tujuan berkonvoi tetapi khas untuk menyertai pertandingan ‘Restore’ yang dianjurkan dalam komuniti peminat dan pengumpul RX-Z di seluruh negara.

Sesiapa yang membelinya pasti akan menyimpannya sahaja dan jika bernasib baik boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi pada masa akan datang. Selain RX-Z Millenium itu, dia juga mempunyai sebuah lagi RX-Z Millenium yang berharga RM50,000 serta sedang menyiapkan motorsikal RX-Z model Boss keluaran 1994.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit imotorbike.my dan thebossstyle

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply