ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara berebut lorong tol, dua kereta rosak teruk

Berita Tempatan

Views

Pagi tadi tular beberapa foto yang memaparkan kejadian kemalangan dua buah kenderaan di pondok Plaza Tol Setia Alam di Shah Alam. Menurut Berita Harian, dua pemandu terselamat meskipun kenderaan masing-masing rosak teruk dalam satu kemalangan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi polis menerima laporan kemalangan di lokasi terbabit dari Lebuh Raya NKVE menghala ke Setia Alam membabitkan dua kenderaan.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Katanya, siasatan mendapati sebuah Proton Persona dan sebuah Honda HR-V hendak memasuki Plaza Tol Setia Alam. Jelas beliau, dipercayai Honda HR-V dari sebelah kanan mengubah haluan untuk masuk ke lorong smart tag Plaza tol lalu dilanggar oleh Proton Persona yang datang dari arah belakang untuk bergerak terus ke lorong sama.

Kata beliau lagi, akibat pelanggaran itu, Honda HR-V terbalik dan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk. Azman berkata, pemandu Honda HR-V terbabit seorang wanita berumur 46 tahun beralamat di Puchong dipercayai mengalami kecederaan iaitu patah bahu.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Dia telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan masih menerima rawatan di sana. Bagaimanapun, pemandu Proton Persona iaitu, seorang lelaki berumur 58 tahun dari Meru tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sejak tengah hari tadi, video dan gambar kemalangan itu tular dan dikongsi kan di media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply