ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Gambaran Artis

Views

Mungkin ada di kalangan pembaca laman web ini yang masih ingat dengan model skala kereta sport Proton PM5 kan? Model tersebut sebenarnya dihasilkan oleh Proton sebagai hadiah istimewa buat Tun Datuk Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Tapi penulis yakin ramai yang tidak tahu yang sebenarnya model ini adalah hasil rekaan Saharudin Busri (Wak) yang pernah berkhidmat sebagai pereka di syarikat kereta nasional pertama itu. Menurut beliau, rekaan PM5 telah dihasilkannya kira-kira 15 tahun yang lalu. Pada ketika itu, projek tersebut merupakan aktiviti sampingannya ketika masih berkhidmat di Proton pada tahun 2005.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Model skala 1:3 itu telah dihadiahkan kepada Pak Lah semasa beliau melancarkan kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim. Kata Wak, model PM5 dibangunkan dari pelantar Lotus M250 Concept yang casisnya telah dipanjangkan sedikit bagi menjadikan ruang dalaman yang lebih luas untuk kereta kereta sport yang berkonsepkan “2+2” (dua kerusi depan + dua kerusi belakang).

Tujuan beliau menghidupkan kembali rekaan ini hanyalah sebagai latihan dalam penggunaan perisian Keyshot baharu. Hasilnya cukup mengagumkan walaupun beliau hanya menggunakan koleksi data 3D yang lama. Rekaan ini masih lagi segar dan menarik meskipun usianya telah melewati 15 tahun.

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Sekilas pandang model PM5 mempunyai gaya reka bentuk seperti Chrysler Crossfire Concept yang dipamerkan pada North American International Auto Show pada tahun 2001 dan Audi TT. Hasil tangan Wak ini memang cukup ‘padu’, terutama sekali pada bahagian belakang yang menonjolkan ‘otot-otot sado’ PM5.

Kombinasi warna luaran dwitona menjadikan PM5 lebih unik selain rekaan dalaman berkonsepkan minimalis yang sememangnya cukup sinonim dengan Proton dan Lotus suatu ketika dahulu. Jika anda lihat model skala yang dihasilkan, pasti akan merasa cemburu kepada Pak Lah kerana beliaulah satu-satunya insan di dunia ini yang memiliki model tersebut.

Untuk melihat hasil karya Wak yang lain, anda boleh ke laman Instagram rasmi beliau di saharudindesign. Kalau Proton hasilkan PM5 dalam bentuk model die cast sebagai koleksi, agak-agak anda minat nak beli tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

Lotus M250 Concept

JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply