ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition dilancarkan – 5k unit sahaja, harga dari RM 11,688

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan edisi terhad Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition. Bagi mereka yang ingin mendapatkannya, hanya 5,000 unit model eksklusif ini akan dikeluarkan.

Setiap pembelian model ini didatangkan dengan set kotak premium yang mengandungi sijil penghargaan, bersama dengan Tumbler Premium World GP 60th Anniversary, pin edisi terhad dan rantai kunci premium.

 

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Dr Jim Khor, model ini dihasilkan bagi memperingati 60 tahun kecemerlangan perlumbaan jenama tersebut dalam World GP.

Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition tampil dengan liveri ikonik, kombinasi warna merah dan putih bagi menyerlahkan lagi rupanya yang sporty.

Ia turut menampilkan rim aloi kemasan warna emas di depan dan belakang serta emblem khas 60th Anniversary. Y16ZR dijana oleh enjin 155cc SOHC sejukan cecair empat-lejang dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA).

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Enjin ini digandingkan pula dengan kotak gear 6-kelajuan dan kombinasi ini mampu menjana 17.7 kuasa kuda pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm daya kilas pada 8,000 rpm.

Seperti model terkini Yamaha, Y16ZR didatangkan dengan cekam jenis assist dan slipper. Sempena dengan pelancaran model ini, beberapa koleksi pakaian World GP 60th Anniversary turut ditawarkan di Genblu Online Shop.

Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition akan mula berada di semua pengedar sah Yamaha bermula hari ini (8 April 2022) dan harga yang ditawarkan bermula dari RM 11,688.00 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans).

Setiap pembelian model ini akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply